Selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Nor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz telah didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pagi tadi atas dua pertuduhan iaitu melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan Perintah Pergerakkan Bersyarat (PKPB).
Bagaimanapun, difahamkan Neelofa dan Haris mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan gagal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.
Baca artikel lain: “Tak Serik Langgar SOP..” – Lebih 15 Ribu Netizen Sokong Petisyen ‘Sumbat’ Neelofa Dalam Penjara

Menurut laporan, Neelofa dikenakan jaminan sebanyak RM5,000 atas satu pertuduhan gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’. Manakala Haris pula dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 atas dua pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’ atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di tempat awam. Kes akan disebut semula pada 4 Jun depan.
Kedua-dua mereka dituduh di Mahkamah Majistret Seremban hari ini di bawah Peraturan 19, Peratutan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.
Sumber: BH