Kool FM

Niat Nak Mencuri, Akhirnya Tertangkap Dengan Tuan Rumah Sebab Tertidur

Seorang pencuri bukan saja gagal memecah masuk sebuah rumah tapi tertangkap ketika dia sedang nyenyak tidur di ruang tamu. Perkara ini dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Eida Hasan.

Menurutnya, tuan rumah berjaya menangkap pencuri tersebut selepas pulang rumah dan melihat seorang lelaki yang tidak dikenali tidur lena atas sofa ruang tamu rumahnya.

Lebih lucu lagi apabila pencuri tersebut dalam keadaan separa bogel, hanya berkain tuala!

May be an image of palm trees, outdoors and text that says "S POLIS"

Dalam pada masa yang sama, pengguna Facebook tersebut membuat satu perkongsian sebaris doa supaya kejadian curi-mencuri dapat dielakkan seperti di atas.

Semoga harta kita dilindungi Allah selepas mengamalkan doa dan dijauhkan daripada perkara buruk.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kegiatan Mencuri Dirakam CCTV Dan Ditularkan, Pencuri Ini Minta Maaf Dan Kembalikan Motosikal

Pencuri Kereta ‘Rare’ Sanggup Patah Balik Marah Mak Tinggalkan Anak Dalam Kereta

 

 

 

Sumber: facebook

Exit mobile version