Kool FM

Pekerja Pengebumian Dipecat Gara-Gara Selfie Dengan Jenazah Maradona

Seorang lelaki pekerja pengebumian dipecat selepas mengambil gambar bersama jenazah legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona.

Pekerja berkenaan, Diego Molina juga menerima ugutan bunuh selepas mendedahkan jenazah itu, selepas bergambar dengan aksi meletakkan sebelah tangannya di kepala Maradona.

Funeral parlour worker Diego Molina (pictured) has received death threats from football fans after posing for a picture next to the open coffin of Diego Maradona

Menerusi gambar tersebut, sebelah tangannya pula menunjukkan isyarat bagus.

Molina merupakan salah seorang petugas yang membuat persiapan untuk jenazah Maradona untuk diletakkan di dalam keranda, bagi penghormatan terakhir oleh keluarga dan rakan-rakan.

Maradona meninggal dunia pada usia 60 tahun, akibat serangan jantung, Rabu.

Sekeping foto lain menunjukkan Molina berdiri di dalam sebuah van yang meninggalkan rumah mayat di Buenos Aires, susulan bedah siasat ke atas mayat Maradona selesai dan bersedia dibawa untuk proses pengebumian negara.

Pemilik rumah pengebumian itu, Sepelios Pinier mengesahkan kepada media tempatan bahawa pekerja tersebut telah dibuang kerja.

 

Baca juga:

“Selamat Tinggal Selamanya, Legenda!” – Ini Kisah Maradona Bertemu Mokhtar Dahari Yang Ramai Tak Tahu

Laporan ‘Scouting’ Barcelona Tentang Maradona Pada 1978 Yang Luar Biasa

 

Sumber: Mail Online

Exit mobile version