Kool FM

Pekerja Pos Laju Tak Gelap Mata Walaupun Jumpa Dompet Berkepuk Duit

Seorang pekerja perkhidmatan pos, kurier dan penghantaran barang dari sebuah syarikat terkenal memuat naik status di akaun Facebook miliknya menyatakan dia terjumpa dompet dengan sejumlah wang yang banyak ketika melakukan tugasan harian.

Pekerja tersebut yang menggunakan nama Putera Shazlan turut memberikan nombor telefon untuk memudahkan pemilik menghubunginya.

May be an image of money and text that says "Putera Shazlan is with Adek's Char Keow Teow and 39 others. 2h Salam.mintak tolong vairalkan sehingga terjumpa owner ini... Jumpa wallet di juru semasa mjalankan tugas harian.... Sila hubungi sya di no ini jika kenal owner or bgtau owner... 0192668235... Atau boleh bjmpa dgn sya d pjabat serah simpang ampat pulau pinang... MALAYSIA RUDIN SAB IN MyKad 750206-07"

Tidak berapa lama selepas itu, pemilik dompet tersebut menghubunginya dan dia berjumpa dengan lelaki tersebut untuk menyerahkan semula dompet yang dijumpainya itu.

Perkara ini dimaklumkan oleh salah sebuah Group di Facebook, Penang Netizen. Dalam masa yang sama, Putera Shazlan dipuji kerana bersikap jujur dan tidak mudah gelap mata walaupun terjumpa duit yang begitu banyak.

Tindakan yang ditunjukkan oleh Putera Shazlan ni boleh dijadikan sebagai contoh. Lagipun jika kita ambil benda yang bukan hak kita, pasti kita akan menerima balasan yang lebih parah.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Dulu Penghidap Kanser Germ Cell Tumor’, Kini Adik Ainul Kini Sudah Laju Berjalan

Putuskan Rantaian COVID-19, Dapatkan Ubat Melalui Pos (UMP)

 

 

 

 

Sumber: facebook

Exit mobile version