Penularan wabak COVID-19 semestinya membimbangkan orang ramai lebih-lebih lagi apabila kes positif gejala merbahaya ini semakin meningkat dan kurang menunjukkan perubahan yang baik. Wabak COVID-19 ini bukan sahaja menjangkiti orang dewasa dan warga emas, malah turut memberi kesan kepada kanak-kanak kecil. Menurut laporan Harian Metro, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata Malaysia merekodkan sebanyak 82,241 kanak-kanak dan bayi yang positif COVID-19 dalam kategori 1, 2 dan 3.

Bukan itu sahaja, ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah sudah pasti bimbang mengenai keselamatan anak mereka yang setiap hari terjebak dengan persekitaran luar dan dikelilingi orang ramai. Salah satu usaha kerajaan untuk melindungi mereka adalah dengan membuat sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), namun pembelajaran secara ‘alam maya’ itu boleh dikatakan adalah tidak kondusif dek kerana para pelajar lebih memahami perkongsian ilmu secara bersemuka.
Baca juga: Isteri Puji Makin Kacak Selepas Vaksin, Aaron Aziz Minta Kaum Lelaki ‘Jaga-Jaga’
Terbaru, menurut kenyataan media daripada Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah memberi kelulusan pendaftaran bersyarat dua produk vaksin iaitu Convidecia Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector) dan Jannssen COVID-19 Vaksin yang memerlukan hanya satu dos pelalaian. Difahamkan, vaksin ini diberikan khususnya kepada kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke atas.
PBKD meluluskan pendaftaran bersyarat utk bagi 2 produk vaksin 1 dos pelalian, iaitu CanSino, China dan Janssen COVID-19 Vaccine keluaran Johnson & Johnson serta vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech kpd usia 12 tahun dan ke atas.https://t.co/jpoaYWnLRD
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) June 15, 2021
Menurut DG Hisham, vaksin CanSino yang keluaran daripada China dan Janssen COVID-19 Vaccine keluaran Johnson & Johnson telah diberi kelulusan Penyeneraian Penggunaan Kecemasan (Emergency Use Listing atau UEL) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Tambahnya lagi, PBKD turut meluluskan pemberian vaksin jenis Comirnaty (Pfizer) kepada golongan yang berumur 12 tahun dan ke atas. Tambahnya, keputusan yang dibuat itu diperoleh dalam persidangan mesyurarat PBKD kali ke-359 pada 15 Jun 2021.
Menerusi kenyataan media tersebut, meskipun indikasi pemberian vaksin telah diluluskan, DH Hisham menegaskan bahawa pemberian vaksin masih dalam kalangan rakyat Malaysia masih mengutamakan kepada kumpulan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti wabak merbahaya ini yang berdaftar di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
“Pendaftaran Janssen COVID-19 Vaccine yang diperolehi oleh kerajaan Malaysia melalui fasiliti COVAX ini dilaksanakan melalui mekanisme perakuan (recognition) ke atas kelulusan WHO EUL.
“KKM ingin memaklumkan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa. Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi produk-produk vaksin tersebut kekal positif.
Di akhir kenyataan media tersebut, DG Hisham berkata pihak kerajaan akan terus mempertingkatkan tahap kesihatan awam untuk membanteras wabak COVID-19 ini demi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia melalui pemberian vaksin yang telah dinilai melalui beberapa aspek serta yakni dipercayai selamat untuk diberikan kepada rakyat.
“KKM akan sentiasa mempertingkatkan tahap kesihatan awam dalam memerangi wabak COVID-19 melalui perolehan bekalan vaksin yang telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan oleh PBKD.
“Kerajaan juga komited untuk memastikan penduduk Malaysia mencapai imuniti kelompok (herd immunity) selaras dengan sasaran PICK.” ujar DG Hisham semasa siaran media berlangsung.
Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin. Jangan mudah terpengaruh dengan berita palsu yang kerap menular di ruangan media sosial mengenai vaksin yang hanya akan mencengkam diri sendiri. Sama-sama kita bangkit menjadi Satu Malaysia untuk melawan gejala membawa maut ini agar kita semua dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala tanpa perlu berasa bimbang.


Baca juga:“Tak Feeling Kayangan Cucuk Vaksin!” – Mira Filzah Syukur Sudah Ambil Vaksin Dos Pertama AstraZeneca
Penulis: Aqilah Paharuzi
Sumber: Kenyataan Media DG Hisham , Utusan Malaysia