Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Pentingkan Diri, Warganet Kecam Sikap Tamak Keluarga Ini Ambil Semua Barang Di Food Bank

today6 July 2021

Background

Food bank atau pusat bekalan makanan kini sudah menjadi satu budaya baru yang tumbuh lebat di sekitar Malaysia. Tujuan tempat ini diwujudkan adalah bagi membantu mereka yang memerlukan dan dalam masa yang sama meringankan beban kos barangan yang kian meningkat. Keluarga yang tidak mempunyai wang untuk membeli makanan boleh terus ke pusat bekalan makanan untuk mengambil apa yang perlu sahaja seperti beras, telur dan sardin.

Dalam pada baiknya inisiatif yang diwujudkan oleh sesetengah rakyat Malaysia untuk meringankan beban rakyat Malaysia yang lain. Pasti ada yang ingin mengambil kesempatan. Ini terbukti benar apabila tular di sosial media sebuah video di mana sekumpulan manusia yang ‘tamak’ dan pentingkan diri. Mereka bukan sahaja ambil apa yang perlu sahaja, malah mengambil lebih dari itu.

Dalam video yang berdurasi 1:00 minit lebih tersebut, kelihatan tiga orang dipercayai dari keluarga yang sama mengambil barang yang tersedia di pusat bekalan makanan secara berlebih-lebihan. Mereka dilihat memasukkan barang makanan yang disediakan percuma itu ke dalam beg plastik dengan jumlah yang banyak. Tindakan tiga orang ini jelas telah menyalahi misi utama pusat bekalan makanan itu diwujudkan iaitu ‘ambil apa yang perlu sahaja dan beri ikut kemampuan anda’.

Klik untuk baca artikel penuh.

Written by: Danisyah Dalily


Previous post