baru-baru ini dunia digemparkan dengan berita duka apabila lagenda Helen McCrory iaitu salah seorang bintang di dalam filem popular sepanjang hayat, Harry Potter, meninggal dunia kerana derita kanser.

Berita ini dikongsikan sendiri oleh suami Helen iaitu Damien Lewis di laman Twitter miliknya. Kata Damien melalui ciapannya, wanita ini merupakan seorang insan yang hebat dan sangat dikagumi. Pada usia 52 tahun, dia meninggalkan dunia selepas bertarung dengan kanser. Helen menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumah dan ditemani keluarga tersayang serta sahabat handai.
Rata-rata rakan di dalam industri seni Hollywood sugul dan berduka menerima berita ini. Hal ini adalah kerana, lagenda ini bukan sahaja seorang pelakon hebat di mata mereka tetapi dia juga dikenali sebagai seorang insan yang berhati mulia dan sangat merendah diri.
Pelakon dan pelawak, Matt Lucass turut berkongsikan pendapatnya tentang Helen di laman Twitternya. Dia turut menambah bahawa Helen dan suaminya adalah insan yang bekerja keras mengumpul dana FeedNHS untuk disalurkan kepada meraka yang memerlukan semasa pandemik. Sememangnya dunia sangat kehilangan ketika ini.
Aktress kelahiran London ini popular dengan wataknya sebagai Narcissa Malfoy iaitu ibu kepada Draco Malfoy di dalam filem Harry Potter. Antara karya popular lain yang dibintangi Helen termasuklah Peaky Blinders, The Woman in Black 2 dan Skyfall, The Queen.
Tidak berakhir di situ, dunia Kollywood juga kehilangan seorang lagenda iaitu Vivek pada jam 4.35 pagi ini akibat serangan jantung.
Vivek bukan sahaja dikenali sebagai pelakon veteran filem Tamil, tetapi dia juga adalah seorang pengarah, penulis skrip dan seseorang yang sangat dihormati oleh masyarakat sehingga dia dilantik sebagai duta dalam negeri kerana pembabitannya secara langsung dalam meluaskan mesej kesihatan buat rakyat.
Menerusi laman Twitter, wargamaya masing-masing bersedih dengan kehilangan seorang insan hebat ini. “We will miss your jokes. Thank you for making us laugh with your sense of humour.”
Pelakon yang berusia 59 tahun ini telah menghiburkan ramai sepanjang kariernya di dalam bidang seni lakonan. Pemergiannya amatlah dirasai terutama buat rakyat di India dan penggemar filem Tamil.
Di Twitter, perkataan Rest In Peace dan #RIPVivek trending sejak pagi tadi apabila dua berita duka ini mula tersebar. Setakat ini hampir 180 ribu ciapan menggunakan perkataan Rest In Peace manakala hampir 50 ribu ciapan direkodkan buat #RIPVivek di laman sosial tersebut.
Baca juga: Pelakon Lagenda Abu Bakar Omar Meninggal Dunia, Rakan Artis Luah Rasa Duka
Sumber: Twitter