Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Perniaga Kecil & Sederhana Akan Terima Bayaran GKP Tambahan Mulai 25 Mac Ini

today23 March 2021

Background

Mungkin masih ada lagi segelintir perusahaan atau perniaga kecil dan sederhana (PKS) mikro tidak tahu kewujudan Geran Khas Prihatin (GKP).

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam kenyataan, GKP Tambahan ini bertujuan meringankan beban kewangan perniagaan ekoran penularan wabak Covid-19 dan bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan PKS mikro.

Implementation of stimulus on track, says Tengku Zafrul

Sumber: TMR

“Mengambil kira GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP Tambahan yang diluluskan, jumlah keseluruhan penerima GKP hampir 900,000 PKS mikro dengan jumlah bantuan kewangan sebanyak RM3.58 bilion,” katanya.

Bagi PKS mikro yang berada di Semenanjung Malaysia, bayaran RM1,000 akan diberikan kepada 812,000 PKS membabitkan jumlah RM812 juta.

Manakala penerima di Sabah, seramai 54,000 PKS mikro akan menerima bayaran RM1,000 yang membabitkan jumlah RM54 juta.

Bagi PKS di Sarawak yang tidak terbabit di bawah PKP, 34,000 PKS mikro akan menerima bayaran RM500 dengan jumlah keseluruhan RM17 juta.

Jual petai selepas gagal dalam perniagaan tekstil

Manakala GKP 2.0 diberikan kepada PKS mikro yang tidak menerima GKP 1.0 dan jumlah yang diperuntukkan kerajaan mencecah RM912 juta iaitu peningkatan daripada peruntukan asal sebanyak RM600 juta.

Di bawah GKP 1.0 dan 2.0, PKS mikro menerima bayaran RM3,000 secara one- off.

Bagaimanapun, pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP dan semakan status kelulusan boleh dibuat mulai 24 Mac 2021 di Portal GKP iaitu https://gkp.hasil.gov.my.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Hasrat Ahli Perniagaan Malaysia Ambil Alih Wigan Athletic Tidak Kesampaian

Ahli Perniagaan Malaysia Terlibat Dalam Proses Ambil Alih Wigan Athletic

 

 

 

Sumber: harianmetro

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Buletin

BIMB Investment sasar AUM bertambah kepada RM2.5 bilion

PETALING JAYA – Bank Islam Malaysia Bhd. melalui anak syarikat milik penuhnya, BIMB Investment Management Bhd. (BIMB Investment) menyasarkan pertumbuhan aset di bawah pengurusannya (AUM) kepada RM2.5 bilion menjelang hujung tahun 2021. AUM bagi Kumpulan ketika ini adalah berjumlah RM1.7 bilion. Pengerusinya, Mohamed Ridza Mohamed Abdulla berkata, pertumbuhan tersebut antara lain bakal disokong oleh pelancaran dana terbaharunya, Dana BIMB-ARABESQUE Global Shariah Sustainable Equity (BGSEF),... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today23 March 2021