Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Rakam Aksi Tidak Sopan Dengan Anak Di TikTok, Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Terhadap Bapa

today19 March 2021

Background

Seorang bapa itu tugasnya adalah melindungi ahli keluarganya, tidak kira melindungi isteri mahupun anak-anak. Selain melindungi, seorang bapa harusnya menunjukkan contoh yang baik buat anak-anak dan tidak melakukan perkara yang boleh meruntuhkan serta merosakkan institusi kekeluargaan. Bagaimanapun, perkara tersebut tidaklah diangkat oleh semua kaum bapa yang ada kerana masih terdapat segelintir yang terus lalai dengan nafsu melakukan perkara yang tidak elok kepada ahli keluarga sendiri.

Image via:https://www.straitstimes.com/

Satu kes yang berlaku di Turki ini melibatkan seorang remaja yang dilihat diperlakukan dengan aksi tidak sopan oleh bapanya sendiri. Video tersebut disiarkan di platform TikTok, dan dipercayai remaja tersebut dicabuli bapanya. Perkara itu diketahui oleh pihak perkhidmatan perlindungan sosial Turki dan mereka kemudian mengambil remaja tersebut bagi tujuan perlindungan. Dalam masa sama, lelaki tersebut turut ditahan. 

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Hasan Tunclar dilihat meraba anak perempuannya berusia 15 tahun sambil memuji-muji kecantikan remaja itu. Sementara itu, Kementerian Perkhidmatan Sosial Turki mengesahkan kejadian tersebut dan remaja terbabit sudah dibawa untuk perlindungan, sementara bapanya ditahan bagi tindakan lanjut.

Bagaimanapun, menurut laporan, kejadian tersebut bukanlah pertama kali berlaku kerana pengguna media sosial dari negara berkenaan sering menimbulkan kontroversi apabila kerap memuat naik content video memaparkan perlakuan fizikal dan seksual keterlaluan terhadap kanak-kanak dan wanita. Perkara tersebut juga turut diakui sering dilakukan terhadap ahli keluarga sendiri.

Image via:https://onedio.com/

Disebabkan kes yang berlaku semakin serius, Parlimen Turki menubuhkan jawatankuasa yang bertujuan untuk merangka cara mengatasi masalah itu. Dalam pada itu, kumpulan hak asasi wanita menuduh pemerintah Turki dan sistem keadilan negara itu sebagai punca berlakunya budaya seumpama itu sehingga kadar jenayah terhadap wanita terus meningkat saban tahun. Semoga budaya ini tidak terus menular ke negara-negara lain. 

Baca juga artikel menarik lain:

Instafamous Berkebaya Merah Pamer Aksi Cekap Tunggang RX-Z Disaman JPJ

Cik B Shopping Sakan Beli Hadiah Kacak, Netizen Tawar Diri Jadi Bodyguard Dan Pembantu

 

 

 

 

Sumber berita: Harian Metro

Written by: Hamka Rosli


Previous post