Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Rakam Video Tikam Bapa & Muat Naik Di Media Sosial, Remaja Mengaku Bunuh Bapa Ditahan Polis

today9 June 2021

Background

Seorang remaja berusia 17 tahun telah ditahan oleh pihsak polis selepas dia didakwa menikam bapa kandungnya sendiri sehingga maut. Lebih mengejutkan apabila suspek tergamak merekod perbuatan kejam itu sebelum menyebarkannya di paltform media sosial.

Memetik laporan Barrons, suspek yang berasal dari Perancis ini dipercayai bertindak sedemikian kerana berang akan bapanya yang dikatakan sering memukul dan mendera ibunya. Disebabkan sering didera, isteri mangsa bersama dua orang lagi anaknya telah berpindah keluar dari rumah dan ketika kejadian berlaku, hanya mangsa sahaja berada di rumah terbabit.

Menurut sumber, pada malam itu, suspek yang baru sahaja pulang dari parti dalam keadaan mabuk telah masuk ke dapur dan mengambil dua bilah pisau. Dia kemudian mengejutkan bapanya yang sedang tidur sebelum bertindak menikamnya sehingga mati. Selepas itu, suspek bertindak menghubungi pihak polis dan memaklumkan dia baru sahaja menikam bapanya.

Klik untuk baca artikel penuh.

Written by: Danisyah Dalily