Dua hari lepas terpampang satu berita melibatkan Mukim Bunut Susu, Pasir Mas di Kelantan yang dilaporkan seramai 118 penduduknya disahkan positif COVID-19. Angka tersebut hanyalah angka pada hari berita itu dilaporkan, dan kini mungkin ianya semakin bertambah. Kawasan tersebut juga dilaporkan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Dalam pada itu, satu tangkap layar mengenai proses ujian calit yang dijalankan di mukim tersebut telah tersebar di Twitter. Dalam tangkap layar tersebut yang diambil daripada Insta Story menyatakan satu ujian calit berskala besar telah dijalankan di kampung tersebut. Ianya susulan terdapat banyak kes yang dilaporkan datang daripada kampung itu.
Re-post from my friend’s IG, currently both of them husband & wife, doctors in Kelantan.
This is very saddening & disappointing. Degil sangat. Dengan ramai tak datang for vaccinations. Now, tak nak swab, tak nak quarantine.
Stubborn society ni lagi susah nak dirawat ☹ pic.twitter.com/hlkNF5Pxq6
— Fuzah Kifli (@fuzahkifli) May 11, 2021
Bagaimanapun, penduduk di situ dikatakan tidak datang ke tempat membuat ujian calitan sehingga memaksa pasukan yang bertugas di situ datang rumah ke rumah untuk melakukan ujian calit.
“Sudahnya (kami) terpaksa pergi berjalan kaki rumah ke rumah dengan pakai PPE, ketuk pintu dan buat ujian calit,” menurut kenyataan dalam tangkap layar itu.
Selain itu, diberitahu juga bahawa setakat ini terdapat tujuh kes kematian di kampung tersebut akibat daripada jangkitan COVID-19. Paling muda yang terkorban akibat virus tersebut adalah pemuda berusia 22 tahun. Ternyata, tidak kira yang muda ataupun yang tua, COVID-19 sudah tidak mengenal usia lagi.

Sebelum ini media melaporkan tiga perkampungan di mukim Bunut Susu, di Pasir Mas, dilaksanakan PKPD bermula 9 Mei sehingga 22 Mei, selepas berlaku penularan COVID-19 dan kes menaik mendadak.
Baca juga: “This Is Killing Me..” – Nora Danish Terkesan Tidak Dapat Berjumpa Anak Susulan Covid-19
Sumber berita: Harian Metro & Twitter