Site icon Kool FM

Keluarga Ini Hilang Tempat Tinggal Tidur Dalam Kereta, Terkejut Dengan Reaksi Kaum..

Keperitan hidup sehingga mengheret satu keluarga tidur dalam kereta bukan lagi perkara baru yang kita dengar. Sebelum ini sudah banyak kehidupan nasib malang ini terjadi disebabkan keadaan ekonomi yang menjerut rakyat.

Begitulah yang dialami oleh keluarga ini apabila mereka sekeluarga terpaksa berteduh di dalam kereta di sebuah stesen minyak kerana kehilangan tempat tinggal.

Menurut wanita tersebut, mereka terpaksa melalui kehidupan perit ini akibat suaminya dibuang kerja hanya kerana membungkuskan makanan untuk anaknya.

Image may contain: one or more people, text that says "LCOM Stay 28% 12:23 +60 11-6110 7896 typing.. cik boleh listkan barang cik 12:20 am Alhamdulilah skrg ni saya duduk dlm kereta..sbb ..sbb tak ade tempat tinggal..suami kene buang kerje disebabkan suami saya nk bungkus mknan utk anak saya tokey marah 12:21 am 5 UNREAD MESSAGES Kalau bole ade brg makanan bole lah anak2 saya mkn dlm kereta boleh mkn kt tepi jln 12:22 am 12:23 am Typeamesage"

Apa yang lebih mengujakan kami apabila ramai yang turun padang membantu keluarga tersebut selepas tular perbualan whatsapp tersebut dan mereka yang datang untuk menghulurkan bantuan adalah dari pelbagai kaum.

Situasi tersebut dikongsi oleh seorang pengguna facebook yang menggunakan nama samaran Selva Kumar.

Jika dalam kalangan pembaca kami ingin menyalurkan bantuan atau sumbangan, anda boleh terus menghubunginya.

Mungkin ada yang menganggap keadaan kembali pulih sekejap selepas kerajaan mengumumkan sektor ekonomi dilonggarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), ternayata masih ada lagi keluarga yang menghadapi keperitan.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel disini:

Posting Seakan ‘Hint’ Keluarga, Menguatkan Ura-Ura Hubungan Neelofa dan Hariz Bermasalah?

Uncle Kentang Kembali Bantu 5 Sekeluarga Tidur Di R&R

 

 

 

 

 

Sumber: facebook

Exit mobile version