Sejak semalam kecoh apabila wargamaya mendapati bahawa nama mereka didaftarkan sebagai ahli pasukan Jabatan Sukarelawan Malaysia atau Rela tanpa pengetahuan mereka. Rata-rata terkejut serta meluahkan rasa bimbang jika data peribadi mereka dicerobohi.
Baca juga: BCL Positif Covid-19, Dituduh “Asyik Berjalan” Punca Dijangkiti
Banyak persoalan mula timbul daripada pendedahan ini tetapi yang jelas bagaimana rakyat boleh didaftarkan sebagai ahli Rela tanpa pengetahuan mereka sedangkan borang pendaftaran dan maklumat peribadi perlu diisi. Apa yang lebih mengejutkan, ramai yang mendapati bahawa mereka telah didaftarkan lebih dari satu dekad.
Ini membawa kepada persoalan yang seterusnya iaitu jika ianya benar di mana duit elaun yang mereka sepatutnya dapat selama 10 tahun ini? Macam-macam lah yang mereka cuba rungkaikan daripada persoalan ini.

Melalui kenyataan yang diberikan oleh pihak Rela, mereka menafikan bahawa maklumat peribadi segelintir rakyat digunakan dan didaftarkan secara automatik di dalam sistem mereka. Hal ini adalah kerana, penggunaan maklumat peribadi individu secara tanpa rela adalah salah dari segi undang-undang di bawah Seksyen 6(1), Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Walaupun begitu, di atas aduan orang ramai tentang hal ini, pihak Rela tidak mahu berdiam diri. Jabatan tersebut memberikan jaminan kepada orang ramai bahawa mereka akan membuat siasatan dalaman. Mereka dengan tegas mengatakan tidak mahu berkompromi dengan mana-mana pihak yang mungkin terlibat dalam kejadian ini.
Kita serahkan dulu perkara ini kepada pihak Rela bagi membuat siasatan lanjut. Sebelum itu kita doakan agar segalanya dipermudahkan dan semoga ada jawapan diberikan untuk merawat kegusaran yang dirasai rakyat.
Baca juga: Rina Harun Cadang Pakaikan “Barcode” Pada Bayi Baru Lahir Untuk Elak Tertukar
Sumber: Twitter , Malaysiakini