Site icon Kool FM

“Saman Je, Tak Payah Buat Macam Tu,” – Polis Trafik Buat Hal

Tugas anggota Polis Trafik bukan setakat saman pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang saja. Malah, mereka juga bertanggungjawab memastikan kelancaran lalu lintas dan keselamatan awam.

Namun, satu situasi mengejutkan warganet telah tular di media sosial apabila seorang petugas polis trafik bertindak di luar jangkaan ketika sedang menjalankan tugas pada petang semalam.

Video berdurasi tidak lebih seminit itu dikongsikan oleh seorang pengguna facebook, Navin Kumar.

Bagaimanapun, cerita sebenar belum diketahui dan sumber tidak menyatakan di manakah tempat kejadian.

Apa pun, jika benar-benar lelaki tersebut membuat kesalahan, sebaiknya selesaikan dengan cara baik. Bayangkan itu adalah ahli keluarga kita, pasti kita berasa geram.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Trafik penumpang Malaysia Airports jatuh 98.8 peratus bulan lalu

COVID-19: Bacaan surah Yasin dari balkoni kuarters Polis Trafik Kulim

 

 

 

 

Sumber: facebook

Exit mobile version