Kool FM

“Saya baik-baik saja” – Christian Eriksen Beri Sokongan Kepada Pasukan Dari Katil Hospital

“Saya baik-baik sahaja. Masih dalam pemantauan, saya perlu melalui beberapa pemeriksaan di hospital namun berasa sihat..”

Itulah antara ucapan yang disampaikan oleh bintang bola sepak Denmark, Christian Eriksen. Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya semalam, dia yang rebah di atas padang ketika beraksi dalam perlawanan pembukaan Euro 2020, kini dikatakan dalam keadaan baik.

Bagaimanapun kata Christian, dia masih lagi dalam pemantauan pihak hospital dan perlu melalui beberapa pemeriksaan di hospital namun dia berasa sihat setakat ini. Bintang tengah Denmark itu juga sempat berkongsi gambar dirinya tersenyum dan menunjukkan isyarat bagus dari atas katil.

Artikel menarik lain: “Izinkan Saya Menguruskan Pasukan Kebangsaan” – TMJ Tawar Diri Pimpin Harimau Malaya

“Sekarang saya mahu memberi sokongan kepada rakan sepasukan dalam skuad Denmark untuk perlawanan seterusnya. Bermain sepenuh hati buat rakyat Denmark,” – bintang Inter Milan.

Bintang bola sepak antarabangsa ini juga sempat luahkan rasa terima kasihnya kepada rakan-rakan dan peminatnya di seluruh dunia di atas ucapan yang menyentuh perasaan dan luar biasa yang diterima. Tambahnya, ucapan yang diterima itu sangat bermakna buat dirinya dan keluarga.

Sebagai rekod, pada Ahad 13 Jun 2021, Christian Eriksen mengejutkan dunia apabila dia tiba-tiba rebah di atas padang pada minit ke-43 ketika membantu Denmark menentang Finland dalam perlawanan Kumpulan B. Pasukan perubatan melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) selepas dia terbaring kira-kira 15 minit sebelum diusung keluar dari padang dan dikejarkan ke hospital. Dia kemudian disahkan mengalami serangan jantung.

Baca juga: “Kerja dekat UK Tapi Buat Duit dengan Menjual Buku di Malaysia” – Teme Abdullah Jelas isu Sebenar

Sumber: Instagram Christian Eriksen

Exit mobile version