Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

“Saya benci perempuan” Lelaki Cekik 2 Wanita Sehingga Mati Kerana Benci

today19 March 2021

Background

Baru-baru ini, seorang pemuda di Indonesia bertindak mencekik dua wanita sehingga mati hanya kerana mempunyai perasaan benci terhadap golongan wanita. Suspek bernama Muhammad Rian yang berusia 21 tahun difahamkan mendekati dan berkenalan dengan kedua mangsanya melalui media sosial sebelum mengajak mereka untuk berjumpa.

Suspek yang merupakan seorang penjual online telah ditahan polis atas tuduhan membunuh dua mangsa di Bogor iaitu Diska Putri dan Elya Lisnawati di Jawa Barat. Menurut laporan, suspek difahamkan telah membuat mempersiapkan peralatan membunuh terlebih dahulu sebelum membunuh kedua mangsa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by cetul.22 (@cetul.22)

Saya benci perempuan..

Pengakuan suspek diatas dirakam oleh polis ketika menahannya dan ia telah tular di media sosial. Pihak polis telah menjadikan kenyataannya itu sebagai motif dua pembunuhan yang dilakukannya. Tambah polis, juga berkongsi mereka telah menyita dua buah motosikal di tempat persembunyiannya yang dipercayai digunakan untuk kedua pembunuhan tersebut.

Sementara itu, pihak polis menggelar suspek, pembunuh berdarah dingin kerana dia dipercayai membunuh dua wanita sambil menikmati saat membunuh mangsa. Selepas selesai menikmatinya, suspek memasukkan mangsanya itu ke dalam plastik sebelum membuangnya. Ketika ditahan, suspek dilaporkan positif dadah jenis syabu.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Cemburu punca wanita dibunuh

Polis buru suspek bunuh wanita Indonesia di Klang

 

 

Sumber: Suara.com

Written by: Adinna


Previous post