Site icon Kool FM

“Saya ingatkan jerawat biasa..” Remaja Buta Akibat Salah Picit Jerawat

Setiap orang ada paras hormon yang berbeza-beza baik lelaki atau perempuan, bujang atau pun sudah berkahwin. Semasa di alam remaja, ia dianggap normal dan ada yang akan alami masalah jerawat lebih awal dari kawannya. Namun, jika anda alami jerawat yang mungkin buatkan anda tidak selesa, adalah disarankan untuk mendapat nasihat doktor.

Seorang remaja di Filipina buta akibat tersalah picit jerawat di bahagian mukanya. Mary Ann Regacho berusia 17 tahun alami bengkak yang besar di mukanya selepas picit jerawat di bahagian hidung yang nampak seperti jerawat biasa kepadanya. Sehari selepas dia memicit jerawat tersebut, mukanya terus membengkak dan kembung seperti belon selama beberapa minggu.

Pada mulanya Mary beranggapan jerawat tersebut akibat hormon selepas bersalin setahun yang lalu, namun ia sebenarnya satu penyakit misteri yang masih tidak di ketahui puncanya.

Apabila bengkak di bahagian mukanya semakin membesar, Mary mula kehilangan penglihatannya. Mary telah cuba buat perubatan tradisional namun ia tidak berkesan. Selepas setahun menanggung derita, Mary pergi ke hospital untuk dapatkan rawatan namun dia tidak mampu kerana kos perubatannya agak tinggi. Kini, suaminya yang bekerja di sebuah kebun jirannya membuat kutipan derma untuk rawatan isterinya.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kenapa Kalau Makan Coklat, Jerawat Mesti Naik?

Percaya Atau Tidak, Ais Batu Baik Untuk Wajah

 

 

Sumber: Daily Star

Exit mobile version