Kool FM

‘Saya Tak Nak Bersalin Dalam Penjara’- Wanita Dihukum, Paksa Amah Makan Kapas & Rambut Dari Lantai Tandas

Seorang wanita bergelar ibu telah dijatuhi hukuman penjara selepas bertindak memaksa pembantu rumahnya memakan kapas kotor dan menelan rambut yang terdapat di atas lantai tandas.

Memetik laporan Mothership, sebelum ini, suspek yang dikenali dengan nama Tan Hui Mei telah mencederakan pembantu rumahnya yang berusia 26 tahun. Difahamkan, mangsa yang berasal dari negara Indonesia ini mula berkerja di rumah suspek sejak November 2018 lagi. Tetapi siapa sangka, niatnya untuk mencari rezeki di negara orang akhirnya membawa kesengsaraan kepada dirinya sendiri.

Hal ini dipercayai berpunca dalam satu kejadian yang berlaku pada 30 Mac 2019. Ketika itu, suspek melihat mangsa tidak mengendahkan dan memujuk anak kecilnya yang sedang menangis. Meskipun mangsa sudah menceritakan tentang perkara itu, tetapi suspek seakan tidak berpuas dengan penjelasan tersebut.

 

Klik untuk baca artikel penuh.

Exit mobile version