Video tersebut viral di media sosial menunjukkan kucing baka Munchkin berusia satu tahun itu duduk di dalam laci di meja sambil memerhatikan keadaan di sekitar. Kucing ini sehabis boleh cuba mengelakkan dirinya dari ditangkap selepas tuannya yang merupakan pelajar di sebuah universiti di utara barat China, membawa ia masuk ke dalam kelas tanpa pengetahuan sesiapa.
Pemilik kucing berkenaan yang dikenali sebagai Wen berkata, dia terpaksa membawa kucing itu ke dalam kelas selepas haiwan peliharaannya itu enggan membenarkan dia keluar dari rumah tanpa membawa dirinya.
Menurut Wen, dia telah bersiap untuk pergi ke kelas apabila kucing peliharaannya, Ba Dun, mula menggesel dan memeluk kakinya.
“Ba Dun terus memeluk kaki saya dengan wajahnya yang sangat sedih kerana dia mahu saya berada di sisinya.
“Tapi saya dah terlambat untuk kelas. Saya tak nak kecewakan dia, jadi saya pun bawa dia ke kelas,” katanya.
Setelah meletakkan Ba Dun di dalam laci, Wen merakam video yang menunjukkan kucing itu duduk diam dan sedaya upaya untuk berada di kedudukan tersembunyi agar tidak dikesan oleh pensyarah. Sejak dimuat naik di laman Douyin, satu aplikasi yang digunakan di China dan ia lebih kurang seperti TikTok, video tersebut telah ditonton lebih dari 300 juta kali.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Hobi Pelik Si Kucing Suka Bawa Balik Seluar Dalam Jiran-Jiran
Pernah Dibelai Obama, Kucing ‘Penjaga’ Hagia Sophia Meninggal Dunia Pada Usia 16 Tahun
Sumber: Daily Mail
