Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

“Saya Tidak Mahu Mati..” Lelaki Ceraikan Isteri Yang Sudah 3 Kali Dijangkiti Covid-19

today12 April 2021

Background

Tindakan luar biasa seorang lelaki apabila menceraikan isterinya kerana Covid-19 sangat mengejutkan. Menurut laporan daripada Gulf News, lelaki tersebut tidak sanggup melalui hari-harinya berasa risau dan takut dijangki Covid-19 kerana sikap isterinya yang suka keluar rumah. Lantas itu, perasaannya marahnya semakin membuak selepas tiga kali isterinya dijangkiti virus tersebut, lelaki Jordan itu terus nekad menceraikan isterinya itu.

Memetik laporan itu, lelaki itu lebih sanggup mengakhiri perkahwinan mereka selama 15 tahun itu daripada dijangkiti Covid-19. Tambah lelaki itu, perceraian itu adalah hukuman buat isterinya kerana kecuaiannya hingga dijangkiti wabak itu sebanyak tiga kali dalam beberapa bulan.

Baca artikel berkaitan: “Ceraikan Daripada Berkongsi ‘Bebola’..” Dr Say Sarankan Suami Isteri Lebihkan Sesi Luahan Hati

Difahamkan, lelaki tersebut tidak ada niat untuk rujuk isterinya kembali selepas ini walau apa pun terjadi. Isteri dijangkiti wabak itu kerana kerap keluar membeli-belah bersama rakannya dan lelaki tersebut menegaskan dia tidak mahu mengambil risiko malah tidak mahu mati kerana kecuaiannya itu.

Perkongsian yang dilakukan oleh lelaki itu di akaun Facebook milik terlah mendapat pelbagai reaksi dan komen daripada ahli keluarga, rakan-rakan dan pengikutya. Namun, dia masih tetap dengan pendiriannya dan tidak mahu terus dibelenggu rasa takut akan dijangki wabak maut itu. Sebagai rekod, Jordon telah menerima lonjakan kes Covid-19 yang belum pernah berlaku sebelum ini dan setakat ini, negara yang mempunyai 10 juta populasi itu merekodkan 659,250 kes jangkitan termasuk 7,646 kematian dan 581,170 sembuh.

Baca juga: [VIDEO] “Selamatkan Kak Heliza Helmi!” – Terkeluar Perangai Masa Live, Hazwani Tampil Tenangkan Kakak

Sumber: HMetro

Written by: Adinna


Previous post