Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

“Secara Faktanya Dia Telah Meninggal Dunia” – Eriksen Rebah Secara Tiba-Tiba Kerana Cardiac Arrest

today14 June 2021

Background

Baru-baru ini dunia sukan bola sepak kecoh apabila pemain tengah Denmark dan Inter Milan, Christian Eriksen rebah secara tiba-tiba pada minit ke-43 dalam aksi Euro 2020 antara Denmark dan Finland di Stadium Parken, Copenhagen pada awal pagi Ahad.

Insiden itu sangat mengejutkan orang ramai, malah doktor pasukan Denmark yang merupakan antara yang pertama memberikan bantuan kepada Eriksen turut menyifatkan bahawa pengalaman tersebut adalah antara pengalaman yang mengerikan.

Baca juga: “Bukan Setakat Seriau, Fobia Pun Ada” –  Siti Sarah Akui Takut Kes Tertukar Bayi Jadi Pada Diri Sendiri

Hal ini adalah kerana, nadi Eriksen didapati terhenti buat beberapa minit selepas dia rebah ibaratnya dia sudah tiada ketika itu. Pasukan perubatan di situ bertungkus-lumus memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) demi menyelamatkan nyawanya. Eriksen bertuah kerana bantuan kecemasan datang dengan sangat pantas dan dia kemudian dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Foto: AFP

Dia kini dimaklumkan sudah sedar dan stabil namun apa yang menanti Eriksen selepas ini masih belum diketahui. Apa yang terjadi di atas padang itu adalah, Erisen diserang satu kondisi yang dipanggil Cardiac Arrest. Menurut pakar kardiologi di dalam bidang sukan di Universiti London St George’s, Sanjay Sharma, risiko besar menanti pemain berusia 29 tahun itu sekiranya dia terus beraksi di peringkat tertinggi dan bermain dalam perlawanan yang kompetitif.

Kata Sharma, dia tidak pasti jika Eriksen masih boleh terus bermain bola sepak ataupun tidak dengan kondisinya sekarang. Sharma menjelaskan lagi bahawa Eriksen pastinya tidak akan dibenarkan bermain bola sepak lagi sekiranya masih beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL). Namun, keputusan kini berada di tangan Eriksen dan kelabnya iaitu Inter Milan kerana ini berkaitan dengan masa depan pemain itu nanti.

 

Cardiac arrest bukanlah satu serangan penyakit yang baharu. Malah, sebelum ini ada yang meninggal dunia kerana serangan jantung yang berlaku secara tiba-tiba ini. Walaupun seseorang itu tidak pernah direkodkan dengan penyakit jantung namun cardiac arrest boleh menyerang sesiapa sahaja kerana itulah ia dianggap sebagai pembunuh senyap. Ia terjadi apabila sistem elektrik jantung tidak berfungsi dan menyebabkan seseorang itu terus rebah. Jika lambat diberikan bantuan maka jantung akan berhenti buat selama-lamanya. Begitulah ngerinya jika seseorang diserang dengan cardiac arrest.

Cardiac arrest ini selalunya terjadi kepada mereka yang melakukan aktiviti sukan yang berat. Ini adalah 4 tips atau penjagaan kesihatan untuk anda yang bersukan:

1. Wajib Belajar CPR

Jika seseorang itu diserang cardiac arrest, nadi akan terus berhenti oleh itu penting untuk setiap ahli pasukan belajar CPR supaya mereka dapat berikan bantuan awal kepada ahli pasukan sebelum pihak perubatan datang ke tempat kejadian untuk membawanya ke hospital.

Inilah yang dilakukan oleh ketua pasukan Inter Milan iaitu Kjaer terhadap Eriksen. Kjaer adalah yang pertama memberikan bantuan pernafasan kepada Eriksen dan tindakannya itu telah menyelamatkan ahli pasukkannya.

 

2. Pastikan Badan Anda Tidak Terlalu Letih

Setiap orang mempunyai reaksi badan yang berlainan. Ada yang mampu melakukan aktiviti sukan dalam waktu yang panjang tetapi ada yang tidak mampu berbuat demikian, oleh itu fahami diri anda terlebih dahulu dan jangan terlalu mengikut orang lain. Jika anda ingin bersukan, pastikan anda bersedia dan tidak terlalu penat ketika melakukannya. Lakukan aktiviti sukan ringan dahulu seperti cardio sebelum anda melakukan aktiviti yang berat supaya jantung anda dapat mengawal jantung anda.

 

3. Warm Up Itu Penting

Ramai yang ambil ringan bila disuruh warm up sebelum memulakan sebarang aktiviti sukan. Warm up ini sebenarnya sangat penting sebelum kita bersukan. Ia bukan sahaja dilakukan bagi menghindari cramp atau kebas pada anggota badan tetapi ia juga dilakukan untuk mengawal suhu badan. Jika kita skip warm up dan terus berlari masuk ke padang, badan kita akan terkejut dengan perubahan peningkatan pergerakan dan suhu.

 

4. Kawal Pernafasan Anda

Kawalan pernafasan sebenarnya sangat penting. Bukan sahaja ketika bersukan tetapi dalam kehidupan juga. Teknik pernafasan penting supaya kita dapat mengawal diri agar tidak panik apabila terlalu penat sehingga tercungap-cungap.

Cardiac arrest berbeza dengan sakit jantung. Ia boleh menyerang sesiapa sahaja tidak kira di mana atau siapa, malah umur bukanlah garisannya. Oleh kerana itu, setiap individu perlu berhati-hati. Amalkan cara hidup yang sihat, bersukanlah dengan cara yang betul dan fahami diri anda. Jika anda mempunyai penyakit lain seperti darah tinggi elakkan dari bersukan dengan aggresif.

Baca juga: “Aisar Dan Aiman Kembar Di Dunia Membawa Ke Akhirat” – Isu Tertukar Bayi Libatkan Nasab Keturunan

Sumber: Sinar HarianOh Bulan!

Written by: Danisyah Dalily


Previous post