
Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Azliya Alia menerusi satu status menceritakan sudah kehilangan ibunya disebabkan sakit jantung. Bagaimanapun, dia sempat menceritakan satu kejadian yang berlaku sebelum ibunya dijemput menghadap Ilahi.
Kisahnya bermula apabila pihak berkuasa dikatakan bertindak mengambil kucing peliharaan ibunya setelah menerima laporan daripada kejiranan Taman Penaga berkenaan kucing yang berkeliaran.
Ujar wanita ini lagi, ibunya dan kakaknya ketika itu sempat merayu kepada pihak berkenaan supaya tidak mengambil kucing tersebut. Bagaimanapun, rayuan demi rayuan yang dikemukakan sama sekali tidak diendahkan.