
Tular di media sosial baru-baru ini apabila sebuah kilang pemprosesan ayam di Sungai Lalang, Bedong dikesan membawa sekumpulan pekerja yang disahkan positif COVID-19 menaiki sebuah lori beramai-ramai sebelum ditahan.
Menerusi kejadian tersebut, seramai 48 pekerja yang baru dipakaikan gelang merah jambu didapati dibawa oleh pihak kilang untuk ditempatkan ke asrama penginapan mereka.
Lebih mengejutkan ramai, pemandu lori berkenaan dikatakan telah membuat sebanyak tiga kali perjalanan untuk mengangkut 135 pekerja yang semuanya dimuatkan pada bahagian belakang lori.