Tengah hari semalam, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin menjadi individu pertama di negara ini menerima suntikan vaksin Sinovac di Pusat Penerimaan Vaksin Hospital Rembau.
Berbeza dengan menteri dan barisan hadapan lain yang menerima vaksin Pfizer-BioNTech. Bagi yang tidak mengetahui, Sinovac adalah vaksin buatan syarikat biofarmaseutikal China yang telah diluluskan oleh Bahagian Regulasi Farmasi.
Apa yang menarik perhatian orang ramai apabila melihatkan kesan sampingan yang ditunjukkan oleh Khairy menerusi posting akaun Instagram miliknya.
Kesan sampingan bukan seperti vaksin Pfizer-BioNTech seperti lenguh tangan atau lemah badan tapi Khairy atau lebih mesra dengan panggilan KJ, fasih bertutur bahasa Cina!
Menjengah ruangan komen, ada yang mula berjenaka ingin menunggu vaksin dari korea dan ada juga barisan artis teruja dengan kesan sampingan vaksin Sinovac.

Siapa nak bertutur bahasa Mandarin bolehlah mohon vaksin jenis Sinovac. Senang sikit dapat kerja! Hiks! Apa pun, harap vaksin yang dicucuk memberi kesan tidak kira ambil jenis vaksin apa.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
“Vaksin Bukan Dajjal” – Khairy Jamaluddin Ajak Orang Ramai Sebar Maklumat Sahih Vaksin COVID-19
Lepas Suntik Vaksin Dah Tak Perlu Ikut SOP? Ini Penjelasan Khairy Jamaluddin
Sumber: Instagram