Akibat berang gara-gara isteri tidak pulang ke rumah sejak 1 Mac lalu, seorang suami bertindak membakar kereta milik saudaranya berusia 22 tahun di Taman Bukit Indah pada pagi semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, hasil soal siasat awal mendapati suspek mengaku melakukan kesalahan itu kerana tidak puas hati terhadap isterinya selepas timbul perselisihan faham.

Ketika kejadian, mangsa terdengar penggera keretanya berbunyi dan apabila keluar, dia mendapati kereta miliknya terbakar di bahagian tayar sebelah kiri. Mangsa cuba memadam api tersebut tapi gagal.
“Pada masa yang sama, pengadu meminta bantuan bomba. Api berjaya dipadamkan oleh bomba tetapi hampir keseluruhan kereta itu mengalami kerosakan akibat terbakar dan api merebak lebih banyak,” terangnya dalam satu kenyataan, hari ini.
Bagaimanapun, selepas pemeriksaan dijalankan, pihak polis mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau bersabit kes seksyen 395/397 Kanun keseksaan serta air kencing suspek didapati negatif.
Harap isu rumah tangga mereka dapat diselesaikan dengan perbincangan yang baik.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Suami Menangis Sebab Tak Mampu Beli ‘Skincare’ Untuk Isteri, Video Ini Buat Ramai Sebak
Tersalah Sasaran, Isteri Nak Racuni Suami Tapi Ibu Mertua Jadi Mangsa
Sumber: harianmetro