Adik Ainul Mardhiah, masih lagi menjadi tumpuan pengguna media sosial kerana ramai ingin melihat perkembangannya selepas melakukan perbedahan Germ Cell Tumor di bahagian mulutnya.
Perkembangan tahun demi tahun menunjukkan perkembangan yang positif. Kini, adik Ainul sudah pandai berjalan dan galak bermain dengan adiknya, Umar Abdurrahman.
Apa yang menarik perhatian kami lagi apabila ibu Ainul memuat naik video yang menunjukkan cara menukar tiub trakeostomi atau trachy pada bahagian saluran pernafasan di kawasan leher adik Ainul.
Menurutnya, penukaran trachy ini akan dilakukan dua minggu sekali akan dilakukan dan Ainul akan pakai hanya sementara saja.
“Sebenarnya dah lama nak kongsi cara tukar trachy, tapi takut ada yang tak sanggup nak tengok,” tulisnya ringkas.
Menjengah ruangan komen, ramai yang memuji adik Ainul seorang kanak-kanak yang kuat dan ada juga yang berkongsi kisah anak mereka juga mengalami situasi yang sama perlu dipakaikan tiun tekak.

Semoga adik Ainul kembali sihat sepenuhanya seperti kanak-kanak lain dan bebas dengan tiub trakeostomi.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Dulu Penghidap Kanser Germ Cell Tumor’, Kini Adik Ainul Kini Sudah Laju Berjalan
“Ainul Bambam” -Dr.Amalina Luah Rasa Rindu Terhadap Bayi Yang Dirawat
Sumber: instagram
