Kool FM

Tengku Permaisuri Selangor Cemar Duli Baca Berita Perdana Khas, Ramai Kagum Dan Merasakan Masih Ada Aura

Bukan senang ye nak melihat seseorang daripada keluarga kerabat untuk muncul di kaca televisyen untuk menyampaikan titah, apatah lagi menyampaikan berita. Namun, rakyat Malaysia cukup bertuah apabila dapat menyaksikan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman mencemar duli membuat kemunculan istimewa di slot Berita Perdana Khas pukul 8 malam tadi di saluran TV1, RTM. 

Ia dikatakan bersempena  sambutan ulang tahun Radio Televisyen Malaysia ke-75. Dalam slot istimewa tersebut, baginda dilihat tampil menyampaikan berita kira-kira selama 15 minit berkaitan isu semasa negara. Memang ramai yang terkejut dengan penampilan khas Tengku Permaisuri Selangor dan rata-rata memuji baginda kerana masih berbakat menyampaikan berita. 

Bagi generasi baharu, mungkin tidak mengetahui bahawa baginda sebenarnya merupakan seorang penyampai berita pada satu ketika dahulu, dan kali terakhir baginda dilihat tampil sebagai pembaca berita adalah pada 31 Ogos 2016 lalu. Tengku Permaisuri Norashikin kemudian melangsungkan majlis pernikahan bersama Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada hari terakhir baginda bertugas, iaitu 31 Ogos 2016 di Masjid Diraja Istana Alam Shah Klang.

Meninjau di komen-komen rakyat jelata di media sosial, ramai yang kagum dan masih merasakan aura baginda sebagai penyampai berita. Selain itu, suara lunak baginda menyampaikan berita juga turut dipuji sehingga membuatkan ramai berasa rindu melihat kemunculan pertama selepas lima tahun itu. Ada yang sempat tengok semalam tak?

Baca juga artikel menarik lain:

Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun, Ini Kisah Sebenar Amukan Berdarah Prebet Adam

“Macam Mermaid Lah!” – Tak Pernah Shooting Dalam Air, Uyaina Arshad Teruja Berlakon Ditemani Ikan

Sumber daripada: Kosmo

Exit mobile version