Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Doktor Jual Bayi Baru Lahir Selepas Ibu Bapanya Tak Mampu Bayar Bil Hospital

today18 February 2021

Background

Tindakan seorang doktor ingin menjual seorang bayi yang baru lahir telah menjejaskan nama baiknya malah kredibilitinya sebagai doktor telah dipertikaikan. Menurut laporan tempatan, pihak polis telah menyerbu sebuah hospital selepas mendapat maklumat tentang seorang doktor menjual bayi baru lahir setelah ibu bapanya memaklumkan yang mereka tidak mampu membayar bil perubatan.

Kejadian yang berlaku kepada seorang bayi yang dilahirkan di Tulamba, Pakistan itu bermula selepas ibu bapa bayi itu diberi bil perubatan oleh pihak hospital. Apabila mendapat bil tersebut, kedua ibu bapa itu terkejut melihat jumlah caj yang dikenakan. Disebabkan mereka sedang mengalami masalah duit, ibu bapa terus memaklumkan kepada hospital yang mereka tidak mampu membayar bil tersebut.

Seterusnya, doktor yang sedang merawat mereka terus mengambil bayi berkenaan untuk dijual kepada pasangan suami isteri yang tidak mampu mendapatkan zuriat sendiri. Difahamkan, pasangan ibu bapa bayi tersebut tidak tahu bahawa hospital akan mengenakan caj perubatan yang terlalu tinggi bagi khidmat menyambut kelahiran.

Pasangan malang itu dimaklumkan bahawa bayi mereka telah dijual kepada seorang lelaki bernama Faisal. Mereka terkejut dengan tindakan itu dan kemudiannya terus membuat laporan polis. Pihak berkuasa bergegas ke hospital untuk menyiasat.

Bagaimanapun, bayi itu telah selamat dikembalikan kepada ibu bapa asalnya dan doktor yang terlibat dalam kes jual bayi itu telah ditahan untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan. Pihak hospital juga memohon pasangan berkenaan tidak membuat sebarang pendakwaan terhadap mereka.

Namun, tiada laporan tentang berapa jumlah bil yang dikenakan kepada pasangan itu dan berapa jumlag pembayaran yang dibuat oleh Faisal untuk membeli bayi berkenaan. Tambah laporan, ini bukanlah kes pertama yang berlaku di kawasan sana dan mereka sedang berusaha keras untuk mencari jalan untuk memastikan keselamatan bayi-bayi baru lahir terjamin.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

3 ditahan cuba jual bayi di Instagram

Tak Sedap Hati, Ibu Temui Bayinya Lemas Dalam Bilik Air

 

 

Sumber: Daily Star

Written by: Adinna


Previous post