Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Tergamak! Lelaki Bunuh Isteri Sarat Mengandung Selepas Selfie Bersama

today19 February 2021

Background

Tergamaknya seorang suami buat satu tindakan luar jangkaan kepada isterinya yang sedang mengandung. Kejadian berlaku di Turki beberapa hari lalu menunjukkan tindakan seorang lelaku yang sanggup berswafoto terlebih dahulu sebelum menolak isterinya ke tebing bukit sehingga maut. Si isteri bagaimanapun dipercayai sedang sarat mengandung tujuh bulan.

Memetik laporan tempatan, kejadian itu berlaku ketika pasangan berkenaan bercuti di Butterfly Valley. Suspek yang bernama Hakan Aysal berusia 40 dikatakan dia melakukan perbuatan terkutuk itu hanya kerana mahu menuntut insuran nyawa isterinya, Semra Aysal. Mangsa kemudiannya telah disahkan meninggal dunia bersama bayinya.

Menurut pendakwa raya, pasangan tersebut sempat berswafoto di tebing bukit sebelum suspek bertindak menolak mangsa. Tambahnya, kemalangan tersebut sebenarnya bukanlah satu kemalangan kerana ia adalah rancangan jahat Hakan untuk menuntut wang insuran isterinya.

Hakan dipercayai telah melakukan pembunuhan dengan sengaja dan dikatakan sudah merancang untuk membunuh isterinya bagi mendapatkan wang insurans nyawa sebanyak 400,000 lira Turki iaitu kira-kira RM231,000. Tambahnya, pasangan tersebut telah duduk di tebing bukit selama tiga jam kerana Hakan mahu memastikan bahawa tidak ada orang di sekitarnya sebelum menolak isterinya jatuh ke tebing bukit.

Bagaimanapun, pihak insuran Hakan menolak permohonan tuntutan insuran dibuat olehnya selepas curiga dengan punca kematian Semra. Hakan juga telah menafikan tuduhan yang dibaca bahawa dia merancang untuk membunuh isternya ketika soal jawab di mahkamah.

Semasa di mahkamah, Hakan membuat keterangan bahawa isterinya itu terjatuh ketika dia sedang bangun untuk mengambil telefon yang diminta oleh isterinya dan kemudian mendengar isterinya menjerit ketika dia berjalan beberapa langkah untuk mengambil telefon dari begnya. Mahkamah Tinggi Jenayah Fethiye memerintahkan Hakan akan ditahan kerana merancang pembunuhan isterinya.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Bunuh isteri kekasih

Dianggap ‘Hero’ Selepas Membunuh Kekasih Gelap Isteri Di Pusat Karaoke

 

Sumber: The Sun

Written by: Adinna


Previous post

Pedro Henrique

Sukan

Sri Pahang Tandatangani Pedro Henrique, Isi Kuota Pemain Import Asean

Sri Pahang FC menandatangani seorang lagi pemain import iaitu Pedro Henrique bagi mengukuhkan jentera serangan pasukan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini. Perkara ini disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang dimana Pedro akan mengisi kuota pemain import Asean memandangkan beliau mempunyai kerakyatan Timor Leste. Sumber Gambar: Bernama “Kami harap Henrique dapat menyesuaikan diri dan membentuk sebuah pasukan yang mantap dalam usaha... Klik untuk […]

today19 February 2021