Buat ibu bapa yang sibuk bekerja, kebanyakkan mereka tiada pilihan lain selain dari menghantar anak-anak kepada pengasuh. Walaupun ada ibu bapa yang takut dan tak sampai hati meninggalkan anak-anak di bawah jagaan orang lain namun, demi untuk menyara kehidupan sekeluarga, mereka terpaksa akur juga.
Baca juga: Iman Troye Tutup Akaun Twitter Selepas Dikecam Persenda Kes Covid-19
Ibu bapa mana mahu tragedi menimpa anak mereka yang mereka tatang bagai minyak yang penuh. Namun, malang tidak berbau dan ia boleh berlaku tanpa kita jangka. Seorang pengguna Facebook yang bernama Ehafizuddin Musa baru-baru ini berkongsikan kisah tentang anaknya yang meninggal selepas 15 minit menghantarnya di rumah pengasuh.
Ehafizuddin Musa melalui perkongsiannya berkata dia menghantar anaknya Khaleel Islam yang berusia 14 bulan ke rumah pengasuh sebelum bergerak ke kedai makan. 15 minit kemudian, dia mendapat khabar dari isterinya yang memaklumkan bahawa sesuatu telah terjadi kepada anak mereka. Kejadian ini berlaku kira-kira jam 10.15 pagi di Terengganu.
Ehafizuddin bergegas ke rumah pengasuh tersebut dan setibanya di situ, dia terus membawa anaknya ke Klinik Kesihatan Pakar untuk pemeriksaan sebelum jururawat mengarahkan Khaleel dibawa terus ke hospital. Hasil pemeriksaan dan rawatan, didapati bahawa Khaleel mengalami pendarahan yang banyak dan kepalanya retak akibat hentakan ketika jatuh dari katil.
Menerusi akaun Facebook milik Ehafizuddin, dia meluahkan rasa sebaknya dengan mengabadikan ‘Ciuman Terakhir’ sebagai satu ucapan terakhir buat anak tersayang. Dalam perkongsian itu, dia memuat naik gambarnya sedang mengucup anak syurga itu dan ada juga gambar isterinya melakukan perkara yang sama.
Ehafizuddin yakin bahawa anaknya ini yang dia panggil dengan nama manja “Adik” adalah anak syurga. Dia sangat berterima kasih kerana diberi peluang untuk membesarkan Adik selama 1 tahun 2 bulan 29 hari dan akui anak ini telah membahagiakan seluruh ahli keluarga dengan kedatangannya. “Besar ujian ni dik tapi Abi dan Ummi redho pemergian adik dan yakin dengan qadar Dan qada’ Allah”, itulah yang keluar dari mulut seorang ayah.
Hari ini, selepas selesai siasatan polis dan forensik, Khaleel Islam dibawa pulang ke Ketengah Jaya Kerteh 4 untuk dikebumikan. Ehafizuddin dilihat tersenyum di sebelah jenazah anaknya tanda redha dengan pemergian anak syurga ini.

Menerusi ruangan balas posting terkini Ehafizuddin, rata-rata mendoakan pemergian Adik. Ada juga yang kagum melihat kekuatan kedua-dua pasangan suami isteri ini dalam menempuhi dugaan kehilangan anak. Ibu bapa mana tidak bersedih dan berduka lebih lagi apabila anak mereka “pergi” dahulu daripda mereka. Namun, betapa kuatnya pasangan ini masih lagi mampu terseyum sebagai tanda penghormatan terakhir buat anak bongsu mereka.

Kita doakan agar urusan keluarga ini dipermudahkan dan semoga terus kuat menghadapi dugaan besar ini.
Baca juga: Nad Zainal Risau Cabaran Lebih Hebat Di Masa Hadapan, Doa Anak Kuat Hadapi Liku Kehidupan
Sumber: Ehafizuddin Musa Apihje