Isu kesihatan mental bukanlah satu isu yang boleh dipandang remeh kerana ia mempunyai kesan yang mendapat terhadap kehidupan seseorang, serta kepada ahli keluarga. Sekiranya ia dibiarkan tanpa rawatan, perkara yang di luar jangka mungkin akan berlaku. Lebih teruk sekiranya ia membawa kepada tragedi seperti amukan berdarah yang membawa kepada kes pembunuhan. Itulah satu kes yang berlaku di Australia melibatkan seorang wanita yang sanggup membunuh ibunya sendiri.
Menurut laporan, wanita tersebut menikam ibunya lebih 100 kali sehingga mati, dan kemudian turut memenggal kepala ibunya itu. Tidak cukup dengan itu, lidah, mata dan hidung mangsa turut dipotong menggunakan pemotong daging. Suspek utama dikenali sebagai Jessica Camilleri, 27 tahun, dikatakan bertindak sedemikian akibat marah kepada ibunya kerana dia tidak mahu dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan psikiatri.

Ibunya, Rita, 57 tahun diheret ke dapur sebelum suspek menikam mangsa dengan kejam. Mayat mangsa kemudian dibawa ke kawasan luar rumah dan diletakkan di laluan pejalan kaki. Begitulah kekejaman yang dilakukan oleh suspek, dipercayai berpunca daripada masalah kesihatan yang dihadapinya.

Selepas tragedi itu, suspek kemudian menghubungi polis dan memaklumkan bahawa ibunya cuba menikamnya. Bagaimanapun, sewaktu polis tiba di lokasi kejadian, ibunya yang dilihat berlumuran darah. Suspek turut dikatakan sempat meminta pasukan keselamatan untuk menjahit semula ibunya.
“Kepala ibu saya berada di sana. Bolehkah kamu menghidupkan kembali seseorang tanpa kepala?” kata suspek kepada pasukan keselamatan.
Pihak Mahkamah memaklumkan bahawa Jessica mengalami masalah mental ketika kejadian. Namun, hakim memutuskan wanita itu menyedari perbuatannya dan kesan atas tindakan berkenaan pada masa kejadian. Jessica kini menjalani hukuman penjara 21 tahun dan tujuh bulan atas kesalahannya.
Baca juga artikel menarik lain:
Bunuh Jiran Sebab Terdesak Dapatkan Duit Bayar Hutang, Mayat Mangsa Disorok Bawah Katil!
Sakit Jantung Dan Mati Ketika Menunggu Hukuman, Jasad Wanita Ini Tetap Dihukum Gantung
Sumber berita: Harian Metro