Sejak semalam tular video wanita yang dipercayai seorang guru di sebuah pusat pendidikan kanak-kanak bertindak mengasari seorang murid lelaki. Video tersebut telah menerima pelbagai reaksi dan rata-rata warganet meluahkan rasa marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan wanita itu.
Bagaimanapun, punca wanita berkenaan bertindak sedemikian masih tidak pasti namun warganet masih merasakan perbuatan kasar wanita itu tidak wajar dan dianggap terlalu melampau. Jelas dapat dilihat dalam video berdurasi 10 saat itu, wanita berkenaan memegang bahu kanak-kanak lelaki berkenaan sambil bercakap sesuatu yang kurang jelas sebelum wanita itu menolaknya sehingga terjatuh ke lantai.
Wanita itu kemudiannya mengangkat semula kanak-kanak lelaki itu di ketinggian paras dada dan mencampaknya ke lantai di hadapan murid-murid lain. Tindakannya itu telah mengakibatkan murid-murid yang melihat kejadian itu terdiam dam hanya memerhatikan perbuatan wanita berkenaan.
Video tersebut telah mendapat hampir 2 juta tontonan dan lebih 10 ribu komen yang rata-ratamya meluahkan rasa marah dan simpati kepada kanak-kanak lelaki tersebut. Warganet turut berharap perkongsian video tular ini dapat membantu mempercepatkan proses mencari punca untuk keadilan kanak-kanak itu.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Trend ‘Tayang’ Video TikTok Terpekik Dekat Murid, Lelaki Ini Bagi Teguran Pedas Buat Guru
“Nampak Sebaya Je Muka..” Cikgu Wanita 36 Tahun Nikahi Bekas Anak Muridnya Sendiri
Sumber: The Reporter
