Bukan satu kejadian ngeri yang berlaku dalam filem, tetapi ianya dilakukan dengan benar oleh seorang lelaki di India. Lelaki yang dikenali sebagai Chinnar Yadav dilihat oleh orang awam berjalan sambil memegang satu kepala yang dipercayai isterinya. Bukan sebarangan punya ngeri ni!

Kejadian yang berlaku di perkampungan Netanagar itu menjadi saksi lelaki tersebut memenggal kepala isterinya, lalu dia tampil menyerahkan dirinya kepada pihak polis di daerah Banda, Uttar Pradesh sambil membawa kepala isterinya. Apalah agaknya perasan pegawai polis yang melihat kepala isteri lelaki itu yang berada di tangannya.
Menurut laporan, pasangan tersebut pada mulanya hanya bertikam lidah sekitar jam 7.30 pagi. Puncanya adalah selepas lelaki tersebut menuduh isterinya tidak sedia serta curang dengan menjalinkan hubungan sulit bersama lelaki lain. Dia turut menuduh isterinya menjalinkan hubungan dengan jirannya.
Tidak lama selepas itu, keadaan menjadi tegang dan lelaki terbabit bertindak memenggal kepala isterinya dengan senjata tajam. Selepas kejadian, Yadav pun pergi menyerahkan diri kepada pihak polis dengan membawa kepala isterinya serta senjata tajam yang digunakannya.
Senjata yang digunakannya turut dirampas manakala mayat isterinya dibedah siasat. Kejadian seperti ini tidak seharusnya berlaku, namun itu lah hakikat kehidupan manusia yang kadang kala gagal mengawal amarah.
Baca juga artikel menarik yang lain:
Charles Bronson Kisah Banduan Paling Ditakuti Dalam Penjara
Sebab Bosan Isteri Kuat Membebel, Lelaki Ini Nekad Panjat Menara!
Sumber daripada: Harian Metro