
Semalam tular satu video yang menunjukkan tiga orang lelaki melarikan diri dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Jalan Kampung Pasir, Kampung Pasir, Kuala Lumpur. Video terbabit menunjukkan tiga orang lelaki merangkak keluar melarikan diri melalui pagar kawat duri yang diletakkan di sekitar blok terbabit.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook, pihak polis kini sedang mengesan tiga lelaki yang melarikan diri dari kawasan PKPD. Kejadian yang berlaku pada jam 4.50 petang pada 4 Julai itu telah mendapat perhatian pihak polis setelah pemeriksaan di tempat kejadian mendapati bahawa wayar berduri tersebut rosak semasa suspek cuba melarikan diri.
Sambung polis lagi, dua daripada tiga suspek sudah berjaya dikenalpasti oleh pihak polis. Suspek pertama adalah lelaki berusia 34 tahun dengan enam rekod jenayah berkaitan dadah dan pelbagai kesalahan lain termasuk merompak dan mencuri. Suspek kedua adalah lelaki berusia 46 tahun dengan sembilan rekod jenayah termasuk pencurian dan pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
Untuk bacaan selanjutnya, klik saja disini.