Hangat topik diperkatakan mengenai seorang pendakwah selebriti, Da’i Syed telah melakukan kesalahan merogol terhadap beberapa wanita yang pada mulanya ingin mengadu nasib tetapi termasuk ke dalam jeratnya.
Selepas saja dirinya direman untuk siasatan lanjut satu laporan yang dibuat oleh seorang mangsa, polis telah menerima sebanyak enam kes laporan merogol dari pendakwah berusia 21 tahun ini iaitu lima di daerah Shah Alam dan satu di daerah Petaling Jaya.

Bagaimanapun, desas-desus mengatakan Syed Iqmal menggunakan ilmu pengasih selain kelihatan tampan tapi apabila ditanya sendiri Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin mengapa mangsa mudah termasuk dalam perangkapnya? Ini jawapan Ketua Polis Selangor.
“Kebanyakan mangsa masih muda, usia sekitar 21 hingga 25 tahun, mungkin tertarik dengan pendkwah itu kerana cara dia mendekati mangsa dalam usia sebegini.
Apabila dia menggambarkan diri dia sebagai pendakwah yang boleh menenang dan meyakinkan mangsa terutama bercakap lebih menjurus kepada keagamaan, ini menjadi tarikan kepada mangsa.
Tambahnya lagi, tarikan dari segi rupa paras itu bergantung pada yang melihat. Mungkin ada nampak dia tampan, dan ada sebaliknya tetapi yang pasti cara dia bercakap yang dapat menarik mangsa,” katanya kepada pihak media.
Bagaimanapun, kini siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Kesksaan (meogol), Seksyen 354 Kanun Kesksaan (mencabul), Seksyen 377C Kanun Kesksaan (melakukan seks luar tabii) dan Seksyen 323 Kanun Kesksaan (mencederakan).
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Dituduh Merogol, Da’i Syed Keluarkan Kenyataan Rasmi Mahu Tuntut Saman
5 Batas Hak Ibu Bapa Selepas Anaknya Berkahwin Yang Ramai Tak Tahu
Sumber: BH