Setiap orang diciptakan berpasang-pasangan. Bahkan, jodoh itu adalah ketentuan dan rahsia Allah SWT yang ditetapkan sebelum kita dilahirkan di dunia ini.
Bercakap soal jodoh, beberapa buah video TikTok tular dan berjaya menarik perhatian warganet kerana melihatkan dua wanita menggayakan busana pengantin sedondon di atas pelamin.
Menurut sumber, hubungan dua wanita berkanaan adalah madu dan mereka sedang meraikan hari bahagia mereka mengahwini bersama seorang lelaki berusia 34 tahun.
Dalam pada masa yang sama, perkongsian video TikTok daripada @AliyaMysara3 menulis kapsyen dalam video tersebut mengakui perkara itu tidak menjadi masalah buat mereka.
Malah, pengantin yang berusia 18 tahun itu sempat menitipkan pesanan buat madunya supaya mereka dapat menjaga suami bersama-sama ketik bersanding bersama madunya.
Dia juga berharap agar warganet mendoakan kebahagian mereka sekeluarga di dunia dan di akhirat.
Bagaimanapun, menurut pengguna TikTok mengtakan bahawa isteri pertamanya sudah menjelaskan mengapa dia mengambil keputusan untuk meminang madunya.

Mungkin ini adalah ketentuan yang ditetapkan oleh-Nya adalah yang terbaik buat diri mereka. Kita doakan mereka mengecap kebahagiaan.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Emma Maembong Rahsiakan Majlis Pernikahan Demi…
Majlis Pernikahan Ala Garden, Adik Ummi Nazeera Curi Tumpuan
Sumber: facebook
