Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

[Video] Bapa Kecewa Kantin Sekolah Anak Jual Mi Segera Kosong Rm1.50

today4 March 2021

Background

Minggu ini merupakan minggu pertama sesi persekolahan secara bersemuka dilaksanakan untuk murid-murid Tahun 1 dan Tahun 2 bagi menjalani proses orientasi terlebih dahulu. Tidak dinafikan pelbagai ragam telah kita lihat pada hari pertama persekolahan bermula.Ada yang menangis dan ada juga yang kelihatan tenang walaupun tanpa ibu ayah di sisi. Pihak sekolah dan guru-guru juga pasti sudah menjangkakan ia berlaku kerana setiap anak murid mempunyai ragam mereka tersendiri.

Untuk ibu bapa pula semestinya mahukan yang terbaik kepada anak mereka dari pakaian sekolah, alatan tulis, beg sekolah sehinggalah duit belanja makan semasa rehat untuk anak-anak. Walaupun mungkin baru berusia 7 tahun, namun inilah masanya anak-anak belajar untuk berdikari menggunakan duit yang diberikan. Kisah seorang bapa bernama Adam Azali ini telah menarik perhatian warganet dan ibu bapa apabila dia membuat luahan rasa ketidakpuasan hatinya di Tik Tok.

@adamazali0anak darjah 1, dia ingat2 Mee, sbb 2 dia bwk blk unh, BILA Sy tgk megi rupanya sbb kembang dia ingat2 Mee. adoooii pandapat anda♬ original sound – Adam Azali456

Perkongsian video tersebut mengenai makanan yang dijual oleh pihak kantin sekolah anaknya sangat mengecewakan. Jika anda lihat video tersebut, jelas menunjukan makanan yang dijual lihat begitu kosong dan hambar. Menurut Adam, dia hanya mengetahui perkara itu setelah anaknya yang berusia 7 tahun membawa pulang makanan tersebut dari sekolah. Adam kemudiannya terkejut selepas membuka bungkusan makanan itu kerana dia mendapati kualiti makanan yang dijual oleh pihak kantin sekolah sangat menyedihkan.

Adam menjelaskan bahawa anaknya yang baru Tahun Satu itu membawa pulang makanan tersebut kerana dia mengingatkan makanan yang dibelinya itu adalah mee.  Namun, ia adalah mi segera kembang yang digoreng kosong yang berharga RM1.50. Tambah Adam, dia bernasib baik sempat memberikan bekalan roti kepada anaknya sebelum ke sekolah.

Perkongsian video tersebut telah mendapat banyak respon dari warganet yang juga berpendapat makanan tersebut tidak setanding dengan harga, apatah lagi makanan segera tidak elok dijual kepada murid sekolah. Tidak kurang juga ada yang menasihatkannya untuk tidak sekadar mengadu di Tik Tok, sebaik-baiknya buat aduan kepada pihak sekolah agar tindakan dapat diambil segera terhadap pihak pengusaha kantin sekolah berkenaan.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Saya Sebenarnya Seorang Anggota Polis..” Lelaki Di TikTok Buru Warganet Yang Beri Komen Aibkan Keluarganya

[VIDEO] Suami Orang Curang Di TikTok Kena ‘Sound’ Dengan Warganet

 

 

 

 

Sumber: Tik Tok Adam Azali

Written by: Adinna


Previous post

Buletin

Varian Afrika Selatan beri imuniti lebih baik – kajian

JOHANNESBURG: Kajian awal baharu berdasarkan satu sampel kecil mendapati individu yang sebelum ini dijangkiti varian COVID-19 yang dikesan di Afrika Selatan kemungkinan mempunyai imuniti lebih baik berbanding mutasi lain, kata pakar semalam. Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today4 March 2021