Sering kali kita mendengar isu kanak-kanak mengalami cedera parah yang berpunca daripada kes kemalangan akibat kecuaian para ibu bapa. Antara kes kemalangan yang acap kali berlaku adalah kes kanak-kanak maut akibat terhidu gas beracun karbon monoksida, maut akibat melintas jalan raya tanpa pengetahuan ibu bapa dan lain-lain lagi. Baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan cedera parah apabila dilanggar sebuah kenderaan ketika melintas jalan raya.
Menerusi video yang tular di media sosial itu, difahamkan, abang kepada mangsa hendak membuang sampah di seberang jalan diikuti oleh adiknya ini. Mangsa dikatakan pada mulanya berada bersebelahan abangnya di tepi jalan tetapi tiba-tiba melintas secara melulu. Paling menyayat hati orang ramai apabila abangnya yang melihat kejadian itu terjadi di depan mata berteriak memanggil nama adiknya yang telah dilanggar itu. “Kasih! Kasih..! Laju air mata berderai membasahi pipi apabila mendengar panggilan abangnya itu.. Semoga abangnya tabah dan kuat mengharungi ujian setimpal ini di usia muda.

Baca juga: Penyakit ‘Kronik’ Eina Azman Dipertikaikan Doktor Pakar, Eina Memilih Untuk Berdiam Diri
Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata kejadian yang berlaku di Kampung Delek Kanan, Klang melibatkan kanak-kanak berusia 5 tahun, Nur Kasih Dalisya Kamarul Azwan dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Perodua Kembara yang dipandu seorang wanita berusia 21 tahun.
“Mangsa dikatakan pada mulanya berada di tepi jalan tetapi tiba-tiba melintas secara melulu.
“Keadaan itu menyebabkan pemandu terbabit dipercayai tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa kerana jarak terlalu dekat, walaupun telah cuba menekan brek kecemasan,” ujar Shamsul Amar kepada Berita Harian.
Mangsa pada mulanya di hantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) itu dipercayai mengalami pendarahan limpa, serta kecedaraan usus, kemudian telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (KHL) untuk rawatan pakar.
Meninjau di ruangan Twitter, kes kemalangan ini mengundang amarah orang ramai di mana rata-rata daripada mereka meluahkan perasaan geram dan kesal dengan tindakan ibu bapa yang sanggup menyuruh anak-anak kecil untuk membuang sampah di kawasan yang merbahaya. Sebaiknya, ibu bapa mereka seharunya berada di samping mereka untuk bersama-sama melintas jalan raya demi keselamatan anak-anak.
Kalau tiada dashcam sudah tentu pemandu kereta akan dipersalahkan 100%. Silap hari bulan lunyai dibelasah.
Apa pun, didoakan semoga kanak-kanak tersebut tiada yg serius. pic.twitter.com/mRqE0LOmFH
— MyWatch (@My_CrimeWatch) May 27, 2021
Malang tak berbau, itulah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan kemalangan ngeri ini. Semoga para ibu bapa dapat mengambil iktibar daripada kes kemalangan yang menyayat hati ini. Ingatlah bahawa anak-anak merupakan sebuah ‘harta’ yang tiada gantinya. Bagaimanapun, sama-sama kita doakan semoga adik Kasih Dalisya dipermudahkan segala urusan dan kembali pulih seperi sedia kala.
Penulis: Aqilah Paharuzi
Sumber: Twitter, Berita Harian