Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

(Video) Longgokan Bungkusan Barangan Kurier Dijumpai Berhampiran Kubur

today25 February 2021

Background

Jika sebelum ini tular dengan video campak barangan pelanggan, kini terdapat dua rakaman video yang dikongsikan oleh seorang indvididu yang memaparkan lambakan bungkusan barang sebuah syarikat kurier. Lambakan bungkusan itu ditemui di tempat pembuangan sampah berhampiran Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Kuching Tengah Selasa lalu.

Menerusi dua video berdurasi 0.16 saat dan 0.26 saat itu jelas menunjukkan lambakan bungkusan barang itu yang sebahagiannya masih berbungkus. Jika dilihat dengan teliti, sebuah guni jelas tertera nama sebuah syarikat kurier. Namun, tidak pasti ia dilakukan oleh syarikat tersebut atau ada pihak yang cuba memburukkan nama syarikat tersebut.

Menurut Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Tengah, Saharudin Zam Zam, kejadian pembuangan bungkusan itu sudah mula dikesan di kampung itu pada Isnin lalu dan dia juga telah mengesahkan lambakan tersebut benar ada disitu selepas dia pergi melihat sendiri kawasan itu.

Tambah Saharudin, dia menganggarkan 80 peratus bungkusan yang berada di situ tertera logo sebuah syarikat kurier. Saharudin berkata, beliau mula tahu tentang longgokan bungkusan tersebut di tempat pembuangan sampah selepas salah seorang rakannya memuat naik status di Facebook dan terus bergegas ke tempay kejadian untuk melihatnya sendiri.

Saharudin bagaimanapun menjelaskan, bungkusan-bungkusan tersebut tidak sempat di ambil kerana ia telah dibakar oleh pihak tidak bertanggungjawab pada pagi Selasa. Tambahnya, beliau tidak pasti sama ada bungkusan terbabit mengandungi barangan pelanggan atau bungkusan kosong yang sengaja dibuang.

Difahamkan,semua bungkusan dalam keadaan baik dan beliau sendiri tidak tahu apa motif pihak terbabit sama ada bungkusan yang dibuang itu ada unsur sabotaj atau khianat pihak lain. Katanya, beliau kemudian menghubungi syarikat kurier dan bertemu sendiri dengan kakitangan syarikat kurier di pejabat cawangan berhampiran.

Kakitangan tersebut telah memaklumkan bahawa bungkusan dan guni yang ditemui itu bukanlah milik mereka. Oleh itu, beliau bertindak untuk tidak membuat laporan polis kerana tidak mahu menuduh mana-mana pihak yang melakukan perbuatan tersebut.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Barang Kurier Sampai Dibalut Dengan Seluar Dalam, Siapa Patut Dipersalahkan?

Hantar Barang Hancur! Syarikat Perkhidmatan Kurier Ini Dikecam Teruk!

 

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS & Sinar Harian

Written by: Adinna


Previous post

Jiangsu FC

Sukan

Pemilik Jiangsu FC Sanggup Jual Kelab Dengan Harga Satu Sen

Pemilik kelab Chinese Super League (CSL), Jiangsu FC iaitu Suning Appliance Group bersedia untuk menjual kelab tersebut dengan harga serendah satu sen kepada mana-mana pihak yang berminat bagi mengelakkan kelab itu dibubarkan. Menurut laporan Football Italia, Suning Group sedang berdepan dengan masalah kewangan yang serius dan mereka harus menjual aset yang dimiliki terutama kelab bola sepak yang terus mengalami kerugian bagi mengelakkan masalah lebih besar berlaku. Jiangsu FC. Sumber... Klik […]

today25 February 2021