Kecantikan itu subjektif. Jika cantik di mata seseorang, namun mungkin ia tidak cantik di mata orang lain. Kisah wanita yang digelar pipi terbesar di dunia viral apabila bukan kerana pipi namun giginya. Seorang selebriti Instagram bernama Anastasia Pokreshchuk yang berusia 30 tahun itu mendapat perhatian warganet apabila dia berkongsi sekeping gambar giginya yang di akaun rasmi Instagram miliknya baru-baru ini.
Wanita berasal dari Ukraine itu telah mendedahkan rupa gigi sebenarnya khas buat tatapan pengguna Instagram atas sebab suka-suka. Pada mulanya Anastasia tidak menyangka gambar tersebut akan mendapat perhatian warganet dan ramai antara warganet kelihatan suka dengan ciapan spontan tersebut.

Sebelum ini, Anastasia adalah seorang penggemar kecantikan yang suka menyuntik wajahnya dengan cecair pepejal atau filler dan sering tampil dengan gigi sempurna di setiap ciapannya di laman sosial. Namun, tindakan spontan dia untuk berkongsi gambar gigi sebenarnya itu hanyalah untuk gurauan sahaja dan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak.
Pelik tapi benar, siapa sangka apabila Anastasia berkongsi gambar gigi sebenarnya itu rupanya ramai yang menggemarinya terutama sekali kaum lelaki. Tindakan Anastasia disifatkan sebagai lucu oleh pengguna laman media sosial tersebut dengan rata-rata mereka turut bergurau mengenainya.
Terdahulu, Anastasia jelaskan dia tidak ada masalah untuk orang ramai tenung atau memandangnya dengan pelik jika melihat dirinya dia. Padanya, dia gembira dengan perubahan yang dilakukan kepada muka terutama sekali di bahagian pipinya kerana apabila dia melihat pipinya itu ia buatkan dirinya rasa gembira dan sangat cantik di matanya.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Pelik Tapi Benar! Budaya Di Uganda, Si Isteri Perlu Susukan Suaminya
Budaya² Makan Pelik Yang Wujud Di Dunia
Sumber: Daily Star