Awal bulan lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengeluarkan laporan kepada pihak media bahawa kadar ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) direkodkan masih berada pada tahap tinggi.
Menurutnya, kebanyakan kesalahan adalah tidak memakai pelitup muka di tempat awam.
Begitulah yang dialami oleh salah seorang warga emas, Lee yang menerima nasib malang apabila dia dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 atas kesalahan tidak memakai pelitup muka ketika membaca surat khabar secara berseorangan di taman awam.

Sumber: mg
Bagaimanapun, dia mengaku melakukan kesilapan dan bersedia bertanggungjawab atas kesalahan tersebut. Dia juga berharap denda yang dikenakan dapat dikurangkan atau memberi kelonggaran pada dirinya untuk melunaskan bayaran secara ansuran bulanan.
Namun, pihak polis tidak menerima rayuan tersebut malah meminta Lee untuk membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Klang.
Dalam pada masa sama, salah seorang pengguna twitter yang ingin dikenali @mufarwarfarid melontarkan pandangannya menerusi ciapan twitter dimana kompaun terhadap warga emas tersebut tidak sepatutnya dikenakan.
Pihak berkuasa hanya bertindak mengikut apa yang telah ditetapkan pihak kerajaan. Semoga kejadian ini memberi iktibar bagi kita semua.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Hanya Berlegar-Legar, Warga Emas Dapat 70K Sehari Dari Ihsan Orang
Patut Tak Lesen Kenderaan Warga Emas Diberi Perhatian?
Sumber: mg
