Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Warganet Berang Wanita Ini ‘Sanggup’ Palsukan Dokumen Mak Sakit ‘Kritikal’ Untuk Merentas Negeri

today11 May 2021

Background

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan negara bakal berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  bermula 12 Mei sehingga 7 Jun 2021 di saat syawal bakal menjelma tiba. Antara operasi standard prosedur (SOP) ketat adalah larangan merentas daerah dan sempadan negeri. Menerjah di ruangan Twitter, ramai yang bersetuju untuk mengadakan PKP namun ada juga dalam kalangan mereka yang ‘kecewa’ dek tidak dapat beraya bersama keluarga tercinta di kampung halaman.

Baru-baru ini, seorang wanita bertindak ‘memalsukan’ dokumen yang mengatakan ibunya sakit kritikal sebagai alasannya untuk ‘merentas negeri’ ke Terengganu. Menurut paparan kenyataan rasmi daripada Ketua Polis Daerah Brickfields, YDH ACP Anuar Bin HJ. Omar, difahamkan ‘bukti’ yang dibawa oleh suspek iaitu dokumen daripada Jabatan Kecemasan & Trauma di Hospita Kuala Terngganu adalah palsu setelah pihak berkuasa membuat penyelidikan dengan pihak Hospital.

Baca juga: Akhirnya Satu Malaysia PKP! Ini 11 Perkara Yang Anda Patut Tahu

Suspek yang berusia 30 tahun itu hadir ke Balai Polis Pantai Kuala Lumpur pada 10 Mei 2021, mengaku telah membuat dokumen ‘palsu’ secara sendiri di rumah kakaknya di Petaling Jaya pada 9 Mei 2021. Difahamkan, suspek telah memuat naik borang permit merentas negeri dan telah menggunakan cop rasmi Pegawai Perubatan Hospital tanpa pengetahuan dan keizinan pihak tersebut.

Disebabkan isu ini, kebanyakan pengguna Twitter berang dengan tindakan wanita ini yang dikatakan ‘pentingkan diri sendiri’ tanpa memikirkan kesan yang akan berlaku disebabkan kes ‘palsu’ dokumen ini. Menurut mereka, seandainya ada dalam kalangan kita yang benar-benar ada kecemasan yang berlaku di kampung halaman namun tidak dapat balik kerana isu sebegini? Orang ramai juga menjadi ’emosi’ apabila wanita ini sanggup menggunakan alasan ibu ‘kritikal’ untuk rentas negeri. “Macam mendoakan orang tua kau sakit je..” kata salah seorang pengguna Twitter.

Menurut kenyataan rasmi tersebut, kes ini di siasat di bawah seksyen 22 (d) Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) Pindaan 2021. Tambahan lagi, suspek kini ditahan untuk sidang mahkamah pada 11 mei 2021.  Bagaimanapun, sebelum kita terus ‘menghentam’ mungkin ada ‘sebab’ lain yang tidak tertera tentang tindakannya yang hendak merentas negeri. Apa-apa pun kita tunggu sahaja susulan isu ini daripada pihak berkuasa dan suspek.

Baca juga: “Bersyukur Masih Boleh Beraya, Kasihan Rakyat Palestine” – Perkongsian PU Azman Buat Wargamaya Sebak

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Twitter 

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Terkini

Tetap gembira dapat baju raya

Kluang: Walaupun Aidilfitri kali ini disambut dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kegembiraan jelas terpancar di wajah 20 anak yatim di daerah ini yang menerima baju raya sumbangan Tindakan Ekonomi Komuniti B40 Johor.

today11 May 2021