Pandemik Covid-19 yang melanda negara sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada ramai orang. Sejak wbak ini tiba di Malaysia, bukan sahaja ramai yang dipotong gaji dan dikurangkan elaun pekerjaan malah ramai juga yang telah hilang sumber pendapatan untuk memberi makan kepada keluarga mereka.
Bagaimanapun, masih ramai rakyat Malaysia yang sangat prihatin dan ikhlas memberi bantuan kepada mereka yang terjejas biarkan diri sendiri terikat dengan pelbagai komitmen lain. Bak kata orang dulu-dulu, rezeki akan lebih manis bila kita berkongsi. Jika kita sedang mengalami saat sukar tiada wang untuk makan dan ada yang sudi menghulurkan bantuan, pasti kita akan rasa bersyukur dengan sumbangan yang diterima betul tak?
Perkongsian Puan Mahani Bt Udit atau lebih mesra disapa Ummi telah menerima pelbagai reaksi warganet apabila salah seorang wanita yang sering diberi bantuan makanan olehnya merungut dengan sumbang yang diberikan oleh Ummi. Kisah yang dikongsikan telah membuatkan ramai warganet berasa geram kerana wanita tersebut dilihat seperti tidak bersyukur dan berani mempertikaikan keikhlasan orang yang memberi bantuan kepadanya.
?baca lah kalau nk baca?terkilan cmpuq sedih?
?berbuat kebaikn tp dimalukn??2,3 hari ni ummi sibuk dgn mesin2 jahit…
Posted by Mahani Bt Udit on Saturday, 20 February 2021
Menurut Ummi, dia telah membantu keluarga wanita tersebut sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama tahun lalu selepas wanita itu terjejas pendapatannya akibat tidak boleh menghantar kuih di kedai tepi jalan lagi. Boleh dikatakan hampir setahun Ummi memberi bantuan dari segi makanan, pakaian dan duit kepada keluarga wanita tersebut. Namun, balasan yang Ummi terima ialah rungutan yang dikongsikan oleh wanita tersebut di Facebook apabila menerima telur ayam dan beberapa makanan lain.
Menerusi status yang dimuatnaik oleh wanita tersebut di Facebook miliknya berbunyi seperti ini:
Alahai telur ayam lagi,? lama2 blh jd muka ayam dh dia dn anak2 duk hadap teluq ayam hari2, setiap bulan bnda sama, ikhlas ka x ikhlas ni nk bagi dn nk tolong? kalau nk menberi dn menolong tu biaqlah ikhlas,kami orng2 susah tp kami bkn mcm lembu yg duk ragut rumput setiap hari blh makn bnda sama ja
Wanita itu berkata, dia rasa sudah muak asyik terima bantuan makanan yang sama. Dia juga berharap selepas ini orang akan berikan bantuan duit pula supaya mudah untuk dia dan keluarga membeli barang rumah mengikut keperluan dan kehendak mereka.

Ummi sangat terkilan dengan tindakan wanita tersebut kerana Ummi juga sempat menghulurkan duit sebanayk RM50 sebagai bantuan tambahan sekirannya keluarga itu mahu membeli barangan lain namun wanita tersebut tidak ada menyebut apa-apa tentang duit yang diberikan oleh Ummi di status Facebook-nya.
Tambah Ummi, perasannya bercampur dan akhirnya dia hanya mampu menangis. Sikap wanita tersebut tidak bersyukur membuatkan hati Ummi pedih, geram, dan kecewa kerana Ummi tidak pernah terasa beban mahu membantu keluarga wanita tersebut walaupun sudah hampi setahun dia memberi bantuan kepada wanita itu.
Difahamkan, Ummi memberi bantuan kepada 10 buah keluarga terpilih pada setiap bulan. Anggaran bantuan makanan selalunya bernilai lebih kurang RM150 untuk satu keluarga. Antara barangan yang sering diberi ialah beras, gula, bihun, telur, maggi, susu, minyak, sardin, kicap dan banyak lagi.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Ketua Polis PJ Hulur Bantuan Kepada Ibu Yang Terpaksa Mencuri Untuk Anak
Sebab Utama Bantuan Di Semporna Ustaz Ebit Lew Dihentikan
Sumber: Facebook Mahani Bt Udit