Ratu penerjun negara, Pandelela Rinong, terus-terusan mengharumkan nama negara dengan pencapaiannya di seluruh dunia. Semalam, Pandelela Rinong meraih pingat emas dalam acara 10 meter (m) platform individu di Kejohanan Piala Dunia Terjun FINA di Tokyo. Ini adalah pertama kali di dalam sejarah, Malaysia berjaya merangkul emas menerusi kejohanan ini.
Pandelela yang sedang dalam persediaan ke Sukan Olimpik Tokyo, Julai ini mengungguli acara berkenaan selepas meraih 355.70 mata mengalahkan peserta tuan rumah dan negara-negara lain.
Baca juga: Budaya “Cancel” Buat Khairul Aming Resah Setiap Hari
Sejurus selepas dia dinobatkan sebagai pemenang, Pandelela berkongsikan satu ciapan di akaun Twitter miliknya. “It’s really a miracle tonight…” ujar Pandelela.
It’s truly a miracle tonight. Praise God??
— Pandelela Rinong (@Pandelela_R) May 5, 2021
Meninjau ke ruangan komen, Pandelela dihujani dengan ucapan tahniah daripada seluruh rakyat Malaysia. Masing-masing berbangga dengan pencapaiannya sehingga hari ini. Ada yang berkata Pandelela adalah cahaya di sebalik gelap yang menimpa negara sekarang.


Sejak beberapa minggu ini kita dilemparkan dengan pelbagai isu dan konflik malah laman sosial seperti Twitter menjadi tempat orang ramai melepaskan perasaan amarah dan kecewa. Hari ini, situasi bertukar sedikit cerah apabila nama Pandelela trending di Twitter. Ianya ibarat mentol cahaya yang sedikit sebanyak menerangi negara ketika ini.

Tidak terlepas juga, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut mengucapkan tahniah kepada Pandelela atas kejayaan membanggakan itu melalui akaun Twitter peribadinya.

Kita ucapkan sekalung tahniah buat Pandelela Rinong. Semoga Pandela dapat mecapai lebih banyak lagi kejayaan di masa hadapan. Malaysia sangat berbangga dengan awak, Pandelela.
Baca juga: “You Guys Make Bata Looks So Classy..” – Wargamaya Memuji Fattzura Menaikkan Standard Bata
Sumber: Pandelela Rinong