Selepas tular video khemah diterbangkan dan makanan jatuh di bazaar Ramadan Seksyen 1 Wangsa Maju akibat hujan dan ribut yang kuat, Ebit Lew bersama pasukannya terus sahaja bergegas datang memberikan bantuan. Ebit Lew telah membawa 7 buah khemah yang baru dan memberikannya kepada 7 orang peniaga yang tiada khemah untuk berteduh. Ebit Lew juga turut dilihat memberikan sedikit wang bantuan buat peniaga yang terjejas.

Bukan itu sahaja, dia turut memborong juadah di bazaar Ramadan tersebut kerana sedih melihat makanan yang masih banyak. Hal ini kerana, tidak ramai pembeli yang datang akibat hujan. Katanya, dia ingin jamu kepada orang berbuka puasa.
Selepas ‘memborong’ juadah di beberapa kedai, Ebit Lew terus ke jalan Chow Kit untuk menghidangkannya kepada gelandangan yang berada di situ. Ini bukan pertama kali Ebit Lew datang ke jalanan ini, bahkan orang-orang di sini sudah cukup mengenalinya.
Buka sahaja belakang hilux, sudah ramai yang beratur untuk mengambil makanan dan menegurnya “ustaz, apa kbabar?”. Gembira betul Ustaz Ebit Lew kerana ada yang masih mengenalinya walaupun katanya sudah agak lama dia tidak datang menziarah.
Menerusi video yang dikongsi Ebit Lew di laman Instagramnya, dapat dilihat bahawa ‘jamuan’ yang diadakan dihadiri ramai tak kira bangsa dan agama, semuanya diberi sama rata.
Kali ini hidangan yang diberikan agak berbeza dengan yang lain. Jika selalu, mereka sedekahkan makanan yang sudah diisi di dalam bekas, kali ini juadah-juadah yang dibawa masih lagi panas di dalam periuk, ‘fresh from oven‘.
Nasi biryani dan nasi tomato yang dibawa memang kelihatan sangat sedap, ayam masak merah pula besar-besar saiz hidangannya. Kata Ustaz dia memang berpuas hati dan gembira apabila dapat menjamu orang ramai makan seperti ini dan makanan habis licin kerana dia juga dulu pernah tidur di masjid dan menumpang makan jika ada jamuan yang begini.
Tak sampai pun 1 jam, kesemua lauk habis dihidangkan kepada 300 orang. Satu-satu Ustaz Ebit Lew sendukkan sehinggalah Maghrib dan mereka makan bersama. Baik betul hati Ustaz. Kita doakan semoga urusannya dipermudahkan dan semoga Ustaz Ebit Lew dapat menolong lebih ramai lagi orang di luar sana.
Baca juga: “Beli Hadiah Kereta Mewah Seperti Beli Coklat” – Netizen Pula Yang Terkejut Dengan Surprise Ardell Dan Nadzmi
Sumber: Ebit Lew