Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“A Sweet Ending To A New Beginning” – Nadia Brian Nak Buat Master?

today22 April 2021

Background

Nadia Brian, seorang pelakon yang sering dikaitkan dengan cerita kontroversi kini berhasrat ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana (Master’s Degree).

Terdahulu, isu keretakan rumah tangga Nadia Brian begitu hangat diperkatakan. Ia bukanlah satu rahsia lagi. Nadia Brian dituduh curang bersama lebih daripada seorang lelaki oleh bekas suaminya, Muiz Nasruddin. Setelah berbulan isu ini berlarutan, mereka akhirnya sah bercerai pada awal bulan ini.

Baca juga: Suami Dakwa Nampak Nadia Brian Curang

Selepas daripada itu, Nadia dilihat sering berkongsikan gambar dan video dengan kapsyen yang positif buat dirinya. Terbaru, Nadia berkongsikan gambar dirinya memakai jubah konvokesyen yang diambil semasa Diploma dan Degree. Menurut Nadia, itu adalah kenangan yang indah dan kini dia ada berhasrat ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Master pula.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadia B ? (@nadia.brian)

Menerusi ruangan komen, rata-rata menyokong keputusan Nadia. Walaupun dunia masih dilanda wabak Covid-19 dan ini merupakan saat yang sukar buat semua namun sokongan yang diterima Nadia untuk melanjutkan pelajaran ke aras yang lebih tinggi sedikit sebanyak mengejutkan.

Apa pun kita doakan yang baik-baik untuk Nadia Brian. Semoga hasrat murni melanjutkan pelajaran tercapai.

Baca juga: Baru Bergelar Miss J, Ramai Tertanya Nadia Brian Sudah Habis Tempoh Iddah?

Sumber: Nadia Brian

Written by: Danisyah Dalily


Previous post

spanews_85eca95b-fd01-4111-9c32-04d742d3c428_1

Sukan

Guardiola Puas Hati, City Semakin Hampiri Kejuaraan

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET Manchester City memastikan diri mereka terus selesa di puncak liga. Terbaru, skuad Pep Guardiola itu menang 2-1 ke atas Aston Villa, pada hari mereka mengumumkan keluar daripada gagasan ESL. City turun berhadapan dengan Aston Villa dalam di Villa Park dengan rekod menang kesemua 9 perlawanan di tempat lawan yang terakhir mereka. Namun Villa terlebih dahulu di hadapan hanya […]

today22 April 2021