Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Aaron Aziz ‘Cair’ Tak Dapat Tolak Permintaan Isteri, Hashtags Menghiburkan Warganet!

today30 June 2021

Background

Sudah menjadi suatu kebiasaan dalam rumah tangga untuk bergurau sesama suami isteri bagi mengeratkan hubungan percintaan yang terputik dan menyinari keluarga bahagia mereka. Orang dahulu kata, kalau sehari tak bergurau dengan pasangan tu tak lengkap hari-hari mereka. Selalunya kita lihat si suami yang akan mengenakan si isteri, tetapi lain pula buat selebriti berbadan sasa kelahiran Singapura ini, terbalik pula kisahnya!

Siapa lagi kalau bukan pelakon Hero Malaya, Aaron Aziz yang ‘terpaksa’ melayan karenah isteri tercintanya, Diyana Halik untuk memegang watak ‘extra’ dalam bagi mempromosikan tudung keluaran terbarunya. Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, isteri Aaron meminta Aaron untuk menjadi watak selebriti India terkenal, Amitabh Bachan dalam filem Kabhi Khusi Khabie Gham, tetapi lain pula yang jadi apabila Aaron memilih untuk menjadi pemandu kepada ‘Rahul’ yang mengangkat luggage anak lelakinya yang baru sahaja pulang dari Jepun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

“Nampak tak Abg dipergunakan lagi sekali? Berlakon lain, direct lain. Tolong la cepat Lockdown habis. Abg tak tahan dah. Kdrama tak ada tetiba Bolly datang. Ngan Anak baru balik dari Jepun pun kena sekali!! Abg banyak bersabar dah niii,” ujar Aaron dalam nada bergurau.

Baca juga: Isteri Puji Makin Kacak Selepas Vaksin, Aaron Aziz Minta Kaum Lelaki ‘Jaga-Jaga’

Video yang dimuat naik Aaron itu mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi apabila membaca kapsyen Aaron dan tanda pagar Aaron sangat mencuit hati orang ramai yang mengikutinya. Jarang-jarang kita dapat lihat jejaka malaya ini terpaksa ‘korbankan’ diri demi kebahagiaan isteri tersayang. Maka benarlah kata orang bahawa para suami ini susah untuk menolak perminataan isteri, mereka mudah ‘cair’ katanya. Amboi, sweet betul pasangan sejoli ni kalah pengantin baru!

“Apapun Alhamdulilah! #abgdipergunakan #abghaveNoSay #abgygbeliBeras #abgbanyakbersabar,” 

Tinjauan di ruangan komen posting Aaron mendapati rata-rata daripada pengikut Aaron amat terhibur melihat gelagat mereka suami isteri yang sangat manis bersama itu. Ada juga dalam kalangan mereka yang memberi sokongan sepenuhnya kepada Aaron untuk terus kekal bersemangat dalam melayan karenah isteri tercinta. Ramai dalam kalangan mereka yang terhibur membaca tanda pagar yang ditulis oleh Aaron di kapsyen posting tersebut. Kelakar katanya, amboi netizen pun boleh tahan ya! Rupa-rupanya, ini bukan kali pertama Aaron Aziz ‘terpaksa’ melayan karenah isterinya. Aduhai, kenapa sangat menghiburkan?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

Apa-apa pun, itu semua hanyalah gurauan di antara suami isteri semata. Jika diperhatikan pasangan ini sentiasa memberikan sokongan yang setimpal dalam karier masing-masing. Untuk rekod, Aaron dan isteri Diyana selamat diijabkabulkan pada tahun 2003 dan dikurniakan 3 cahaya mata bernama Danish Anaqi, Dwi Ariana dan Dahlia Arissa. Mungkin ini juga rahsia perkahwinan mereka yang tampak sangat bahagia di samping anak-anak tercinta.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

Baca juga: Kempen Bendera Putih Sebagai Simbol Soladiriti Disambut Baik Segelintir Rakyat Malaysia

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Instagram Aaron Aziz

Written by: Hamka Rosli


Previous post