Pada 19 Mac yang lalu, Achey telah diuji dengan pemergian arwah bapanya. Kini, dugaan yang mendatang adalah kondisi ibunya Ngaisah Hassan yang jatuh sakit dan berat badannya yang jatuh mendadak sebanyak 20 kg. Mohd Nasir Hamzah, atau Achey mengesahkan bahawa ibunya menghidap penyakit kencing manis serta beberapa lagi masalah dalaman yang lain.
Baca juga: BCL Positif Covid-19, Dituduh “Asyik Berjalan” Punca Dijangkiti
Menerusi laman Instagram milik Achey, kini ibunya mendapat rawatan di Hospital KPJ Johor dan setelah pemeriksaan lanjut dibuat, pihak hospital mengesan beberapa masalah antara pankreas dan saluran hempedu. Sebelum ini, rawatan dilakukan di Putra specialist Hospital Batu Pahat. Achey juga menemani ibunya yang berada di dalam ambulans dan disaingi oleh kakaknya di belakang.
Netizen yang menyaksikan perkongsian ini memuji dan menyokong penuh usaha Achey dalam menguruskan ibunya. Achey turut mendedahkan kemungkinan yang dia akan menjual beberapa dari harta miliknya untuk tujuan kos rawatan. Maklum Achey, sebahagian dari simpanannya telah dilaburkan dalam beberapa bisnes namun masih ada bahagian untuk perbelanjaan hospital.

Achey yang kelihatan kepenatan melalui Instagram story meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada ahli keluarganya yang banyak membantu ibunya. Apa pun kita sama-sama doakan semoga ibu Achey diberikan kesembuhan dengan segera.
Baca juga: “Dalam Perut Tu Ada Makanan” – Nafi Ada “Baby Bump” Ernie Minta Doa Dikurniakan Zuriat
Sumber: Achey