Bukan mudah menjadi anak seni ni sebab apa sahaja yang dilakukan pasti akan diperhatikan, dan kalau perkara itu tak kena dengan kehendak orang ramai, pasti akan menerima kecaman. Bagaimanapun, ada juga tindakan yang tidak salah di mata masyarakat dan juga di sisi undang-undang, namun masih ada segelintir individu yang tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukan oleh artis tersebut.
Mungkin itu apa yang sedang dilalui oleh pelakon Jasmin Hamid apabila tindakan dia mempromosikan drama lakonannya di Instagram miliknya mula dipersoalkan. Menurut Jasmin, ada yang kata media sosialnya kotor dek kerana terlalu banyak promote drama lakonan sendiri.
Baca juga: Kongsi Cara Masakan Laksa Terengganu Resipi Moyang, Ramai Terliur Lihat Siti Sarah Makan Guna Tangan
“Saya cuma semut merah, cuma nak pamerkan kerja-kerja saya sebagai pelakon dan kadangkala isu semasa sebagai rakyat Malaysia,” tulis Jasmin dalam ruangan kapsyen.
Menurut Jasmin, dia hanya menggunakan haknya untuk mempromosikan hasil kerjanya di media sosial miliknya sendiri. Dalam pada itu, Jasmin turut menyatakan akaun media sosialnya tidaklah mempunyai berjuta pengikut seperti sesetengah individu, namun dia tetap menghargai dan sayang para pengikut dan penyokongnya. Jadi sebab itu dia berkongsi drama-drama lakonannya dengan pengikutnya dan peminatnya di Instagram.
Tambah Jasmin lagi, artis antarabangsa juga menggunakan media sosial mereka untuk mempromosikan drama atau filem lakonan mereka. Jadi tidak salah untuk dia melakukan perkara yang sama.

Sementara itu, ramai yang menyokong kenyataan Jasmin, termasuk rakan artis sendiri. Selain itu, rata-rata meminta Jasmin Hamid untuk abaikan apa yang orang-orang sebegitu kata kepada dirinya. Apa yang penting kita buat kerja kita dan tak kacau kehidupan orang lain.