Ada yang masih tak boleh lupakan ke persembahan dari para finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 semalam? Memang rata-rata tampilkan persembahan memukau. Namun antara yang menarik perhatian wargamaya adalah busana yang diperagakan oleh Aina Abdul sewaktu membuat persembahan. Ramai yang kata ianya nampak unik, namun dalam keunikan tersebut sebenarnya ada maksud tersirat di sebaliknya.
Semalam – Aina Abdul
Komposer & Lirik: Aina Abdul#PersembahanPenuh #AJL35 pic.twitter.com/DXqVB416Qt— tv3malaysia (@tv3malaysia) March 14, 2021
Menerusi perkongsian di Instagram Aina Abdul, busana tersebut sebenarnya mengiringi makna bagi setiap bait-bait lirik dalam lagu Semalam. Nampaknya bukan biasa-biasa busana yang dipakai Aina sebab ia secara tak langsung menceritakan maksud tersirat disebalik lagu yang disampaikannya itu.
Dari Topi Dah Ada Makna Disebalik Lirik
Kata Aina, topi yang dipakainya itu direka menjadi bentuk seperti sebuah tempat tidur seorang bayi atau kanak-kanak kecil yang ada bersama-sama wanita dalam lagu tersebut sewaktu berlakunya kisah ‘Semalam’. Apa yang unik adalah ia merupakan interpretasi lirik tertentu dalam lagu itu.
View this post on Instagram
Sementara itu, jaket bersiluet besar yang kelihatan sarat itu pula menggambarkan kisah penderitaan yang dialami oleh wanita itu. Menurut penjelasan dalam hantaran itu, ia adalah interpretasi seni reka fesyen terhadap lirik “diri ini bagai daun gugur”. Ditambah pula dengan warna hitam yang melambangkan daun tersebut sudah tua dan layu.

“Parachute atau payung terjun dipilih sebagai elemen terbesar dalam reka bentuk busana Aina Abdul di Anugerah Juara Lagu 35 bagi melambangkan imej daun gugur yang ditiup angin,” tulis Aina mendedahkan kepada para peminat makna disebalik busana dipakainya itu.
YES AINA ABDUL YES! #AJL35 #ajl34
sometimes if u can’t speak up your arts, give ‘em your back! #AinaAbdul #semalam ?
from this. to this pic.twitter.com/ZDkOuR8Al7
— NajmiSyahiranMamat (@najmimamat) March 14, 2021
Dengan pemakaian busana yang penuh dengan makna-makna tersirat itu, ramai yang puji persembahan memukau Aina Abdul pada malam semalam. Hasilnya, lagu Semalam ciptaan Aina Abdul sendiri memenangi tempat kedua di AJL35. Tahniah buat Aina dan selamat berkarya untuk industri muzik tanah air.
Baca juga artikel menarik lain:
“Siapa Jaga Siapa Ni?” – Gambar Terbaharu Anak Eyra Hazali Undang ‘Kegeraman’ Netizen